jpo-main

Day 03 : Johor Premium Outlets | wakif’s blog

Sebelum DSN rasmikan tempat ni ahad (11/12) baik aku pergi rasmikan dulu…;) Mula2 sesat juga cari tempat ni, ikut GPS coordinate yang dapat kat internet hampeh tak betul. Last2 ikut POI SMK Foon Yew baru jumpa tempat ni. Tempat baru yang menarik di Kulaijaya.
Mula2 ingat nak shopping sakan jugakla… nak cari Levis 501 sehelai… wife aku pula bercita2 nak beli handbag coach dan ingat nak beli baju GAP kat anak2. Tapi last2 balik dengan tangan kosong…:) Levis 501 takde pun kat situ (habis katanya) lagipun kedai kat situ jual Levis reject and off season.
Coach? lagi mahal daripada harga yang aku beli kat jepun hari tu. GAP? takde banyak pilihan… sikit sangat.
pintu masuk..

kat dalam…

GAP outlet

Coach factory
Ada yang tanya, sama ke dengan Gotemba Premium Outlets? konsepnya memang sama sebab under same company kan… yang beza layout dia… kat Gotemba dia buat east zone dan west zone tapi kat sini dia buat 2 tingkat… atas dan bawah… lagi satu outlets kat Gotemba lagi banyak.

p/s : overall, sapa2 yang pergi Johor… must visit tempat ni… 1st in Malaysia!

2 thoughts on “Day 03 : Johor Premium Outlets | wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge