bro, loan ko dah approved…| wakif’s blog

“bro, loan ko dah approved…” tu mesej yang aku dapat petang semalam dari banker aku. Alhamdulillah loan dah approved, walaupun memang aku dah agak ia akan diluluskan sebab aku dah buat calculation sendiri sebelum submit application tu.

source : google

Tapi aku belum decide nak proceed ke tak dengan pembelian unit kedai ni. Ini kerana maklumat yang aku dapat sebelum ni tidak tepat berkenaan dengan kadar sewa unit kedai tersebut.

Ok, ini calculation nyer:
Harga beli (jumlah loan selepas mark-up) = RM175K
Installment = ~RM950
Maintenance Fee = RM50
Sewa : RM1,500/month* (1st version); RM1,000/month** (2nd version)
* Dikatakan harga market sewa kat area situ.
** Disewakan oleh current owner kepada kedai tersebut
Jika mengikut 1st version:
Installment < sewa; so memang menarik –> GO
Jika mengikut 2nd version:
Installment = sewa; tidak menarik –> NO GO
So next step, aku kena confirmkan dulu market sewa kat situ, jika market sewa adalah RM1,500/month aku kena jumpa penyewa sekarang untuk aku naikkan sewa daripada RM1,000 kepada RM1,500. Agak sukar sebenarnya, ini kerana kenaikan sewa sebanyak 50%.

Jika penyewa tu bersetuju, aku akan proceed… jika tak bersetuju aku kena tengok dulu terms & conditions.

p.s. dikatakan owner sekarang (org kaya?) sewakan kedainya murah2 sebab nak tolong orang ‘kita’. Wallahu’alam.
p.s.s. jika aku beli, aku boleh demand sewa yang aku nak… kalau penyewa sekarang tak bersetuju, dia boleh keluar… cari penyewa lain… boleh ke?

5 thoughts on “bro, loan ko dah approved…| wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge