chester

I know one day, I have to let you go… I love you but you are not mine | wakif’s blog

Thank you for being part of my life. I wish u gud luck… with new owner

Aku ingat lagi masa mula2 nak berjinak2 dengan hartanah, ada otai2 hartanah yang kata – Jangan jatuh cinta dengan hartanah anda. Dalam erti kata lain, jangan ada sentimental value dengan hartanah anda. Jangan disebab rumah tu cantik, persekitaran menarik… anda nak simpan rumah tersebut walaupun kadang2 tak berapa mendatangkan hasil. 

Itulah kata2 yang aku pegang sampai sekarang. Ia sebenarnya berkait rapat dengan tujuan atau strategi pelaburan hartanah anda.
Apa strategi anda? Aku punya strategi simple jer… beli dan jual. Beli… sewakan buat sementara waktu dan terus jual. Bagi aku takde tempoh2 tertentu nak pegang sesuatu hartanah tu… asalkan pada perkiraan aku ia menguntungkan pasti aku akan jual…. especially hartanah yang tak berapa hot dalam rental market.
Lock in period? Bagi aku takde masalah… asalkan pada perkiraan aku ia memenuhi kriteria keuntungan yang aku nak… aku tak kisah bayar penalty. Normally lock in period ni dalam 3 tahun atau pun 5 tahun.
Real Property Gain Tax (RPGT)? itupun bukan batu penghalang untuk aku jual hartanah… asalkan ia memenuhi kriteria keuntungan aku. Masa bajet 2011, RPGT untuk tahun pertama dan ke-2 adalah 10% dan 5% untuk tahun 3-5… selepas itu tak ada lagi tax yang dikenakan.
Sebab utama aku lupuskan sesetengah aset aku adalah :
   > Nak merasa keuntungan sebenar bukan setakat paper profit/gain semata2.
   > Supaya aku boleh beli rumah lagi – kalau asyik beli jer lama2 limit loan aku pun habis.
So, no hard feeling… lepas ni boleh aktif tengok listing baru untuk cari pengganti.
p/s : terasa sayang gak nak jual apartment kat damansara…;)

8 thoughts on “I know one day, I have to let you go… I love you but you are not mine | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'wakif

    memang dh kena jual… tahap ‘kebolehutangan’ aku dah dekat2 paras hidung n takleh focus dekat sewa sgt since aku PJJ… pelabur jarak jauh…;)

    Reply
  2. noreply@blogger.com'isahashim

    Pelabur Jarak Jauh..hehe..term best nie..aku pon seangkatan ni dgn bro wakif..tapi baru sangat lagi..

    boleh menuntut nanti, hahah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge