hartanah-bumiputera1

Pelaburan Hartanah : Antara Keuntungan Dan Tanggungjawab | wakif’s blog

Tiada Tanah Tiada Negara
Ia begitu mudah. Tiada tanah maka tidak wujudlah Negara. Mana ada Negara didunia ini yang tidak mempunyai tanah. Sebab itulah Negara haram Israel semakin hari semakin sibuk merampas tanah2 hakmilik penduduk Palestine.
Bentuk penjajahan hari ini tidak sama dengan bentuk penjajahan semasa era British dahulu (penjajahan bersenjata). Hari ini Negara juga boleh terjajah melalui cara penguasaan ekonomi dan ekuiti oleh pihak2 tertentu.
Pelaburan Hartanah Satu Fardhu Kifayah
Fardhu kifayah bukan hanya terbatas ketika memandi dan menyembahyang jenazah sahaja.
Hakikatnya urusan fardhu kifayah lebih melebar dan sentiasa berkembang selari dengan keperluan hidup manusia. Segala kemajuan yang dicapai oleh umat lain yang selari dengan hukum syarak menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam menguasainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membebaskan pergantungan umat Islam kepada orang lain, seterusnya penguasaan mereka. Menjadi umat yang terjajah adalah suatu musibah besar kepada umat Islam era globalisasi hari ini.
Sumber : JAKIM
Statistik Pemilikan Hartanah
Sehingga Jun 2008, mengikut statistik pemilikan hartanah di Bandaraya Kuala Lumpur :
Kategori unit kediaman : Melayu – 25.8%
Kategori unit komersial : Melayu – 5.7%
Kategori Hartanah Industri : Melayu – 1.1%
Nota : Peratusan penduduk Melayu di Malaysia adalah 54% (Sumber : Perangkaan Malaysia – Jun 2006)
Begitu kecil peratusan hartanah yang menjadi milik orang Melayu, tidak menggambarkan populasi penduduk Melayu itu sendiri.
Kuota Bumiputera
Di Malaysia, sebarang projek pembangunan hartanah kediaman yang dijalankan dalam skala besar, telah disyarat oleh kerajaan supaya sekurang-kurangnya 30% mestilah dijual kepada pembeli Bumiputera. Adakah ini mencukupi? Sedangkan kita digembar-gemburkan dengan kuota 30% ini pun tidak terjual, macam mana kita nak pertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera?
Adakah kita tidak mampu? Adakah kita tak tahu? Adakah kita tak kisah?
kuota bumiputera 50%?
Adakah Keuntungan Semata-mata?
Hari ini, kita dapat melihat tahap kesedaran orang Melayu dalam pelaburan hartanah semakin hari semakin meningkat walaupun pada hakikatnya kita masih jauh ketinggalan dibelakang. Mungkin 20-30 tahun ke belakang. Tapi sedikit sebanyak angin perubahan yang berlaku dapat membantu meningkatkan peratusan pemilikan hartanah orang Melayu di Malaysia.
Usaha2 yang dilakukan oleh kawan2 blogger seperti abangensem, tuanbri, pie2020, brobudin, propertywaltz dan lain2 dalam meningkatkan tahap kesedaran dalam pelaburan hartanah amatlah bermakna.
Adakah keuntungan semata2? Jawapannya tentulah tidak, kerana setiap apa yang kita lakukan adalah ibadat dan setiap dari kita mempunyai tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

9 thoughts on “Pelaburan Hartanah : Antara Keuntungan Dan Tanggungjawab | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'rohaniah noor

    saya sangat suka artikel ini. mmg ramai org islam di luar sana yang berpandang serong pada pelabur hartanah. kata mereka, duit bukan untuk bawa mati. kalau kaya tapi hati tak tenang buat apa. kaya adalah punca kejahatan. duit adalah musuh. biarlah kita hidup dalam kesederhanaan (kurang wang).

    tapi mereka lupa kita ada jihad ekonomi. kalau bukan org islam majukan ekonomi kita, macamana islam nak maju? macamana org islam nak bayar zakat banyak2 dan sedekah banyak2?

    jadi artikel ini menceritakannya.
    terima kasih.

    Reply
  2. noreply@blogger.com'MET

    terbaik..

    kebanyakkan orang yang betul2 kaya even non muslim pun boleh nampak peribadi diorang macam mana..

    kekadang yang nampak MACAM kaya ni lah yang sebenarnya merosakkan image org kaya…huhu.
    rumah besar kereta besar tapi cashflow paras hidung…liabiliti melambak…padahal org gitu nak jaga image semata je…asal bergaya.

    hasilnya semua orang takut..fobia nak jadi kaya???padahal kalau mu kaya/senang..ianya pilihan mu untuk jadi lebih baik atau sebaliknya…yang miskin pun ade pilihan juga untuk menjadi baik atau sebaliknya..banyak juga kes2 yang melibatkan orang miskan???

    haittt…

    Reply
  3. noreply@blogger.com'wakif

    Berjuang (baca jihad) itu banyak caranya. Sebagai contoh, kalau kita seorang engineer ataupun doktor, jadilah engineer/doktor yang terbaik… itupun jihad. Jika kita seorang pendidik, didiklah anak bangsa dengan terbaik… itupun jihad.

    Sesungguhnya bila tiba masanya kita saling memerlukan… ahli politik, ahli ekonomi, businessman, golongan professional, etc tak terkecuali sapa2 pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge