focus

2 pergi 1 pun tak datang lagi | wakif’s blog

Dah agak lama aku tak menulis kat sini. Sibuk? taklah… walaupun every week travel Paka – KL, itu bukan alasan.
Sekarang 2 unit rumah aku dalam proses penjualan, so untuk mencari pengganti aku dah mula masuk balik ke dunia auction. Dah mula balik tengok list2 rumah subsale…. harap2 ada yang menarik dan memenuhi kriteria aku.
2 minggu lepas aku masuk auction satu rumah kat Kajang… dari harga RP105k, harga terjual pada harga 160k++ menyamai harga MV. Kalau nak bid dengan harga tu baik pergi beli subsale. Limit aku sekadar 136k.
Last week pula lepas aku buat survey kat google, aku bercadang untuk masuk bid 2 unit rumah. Tapi rezeki setakat ni belum berpihak kat aku, kedua2 rumah tersebut called off.
Minggu ni pula aku bercadang untuk ambil langkah yang agak drastik dalam pengurusan rumah2 sewa aku, setelah agak lama bersabar… nanti aku kongsikan cerita ini kemudian.
p/s : kadang2 aku hilang fokus… nasib baik ada blog ini yang secara tak langsung dapat mengembalikan fokus aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge