Akhirnya… | wakif’s blog

Akhirnya urusan pindah milik apartment aku kat Kajang telah pun selesai. Ianya mengambil masa selama 1 tahun 8 bulan… lama sekali. Tapi takla selama apartment pertama yang aku beli, sekarang dah 3 tahun 4 bulan dan masih belum selesai… fuhhh. Tapi itu lain hari punya ceritala…
Aku mula beli apartment ni pada October 2010, pembelian pertama aku sebagai alternatif rumah lelong. Ingat lagi senang, mana tahu boleh jadi macam ni pula. Sebabnya pemindahan strata title terpaksa melalui 2x proses… dari developer kepada pemilik rumah (seller) dan kemudian dari seller kepada aku sebagai new buyer.
akhirnya dapat kunci…
Rugi aku untuk apartment ni walaupun memang mark up loan 100% tapi duit deposit aku tu beku selama 1 tahun 8 bulan. Tak produktif langsung…
Lesson learnt : Next time kena confirm dulu sama ada strata title atas nama owner atau pun tak… lagi satu kena check dengan developer sama ada boleh buat direct transfer atau tak… orang kata atas budi bicara developer… jarang2 kes yang aku tahu boleh macam ni.
p/s : salah satu disadvantage buat markup loan adalah RPGT perlu dibayar oleh buyer, in my case 10% dari RM15k = RM1500… banyak jugak tu.

p/s/s : aku kalah lagi dalam auctionbidder ada dalam 45 orang untuk bumi lot… akhirnya harga mencecah MV or lebih sikit…

5 thoughts on “Akhirnya… | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'Syam

    kenapa buyer yg kena bayar RPGT? kalo camtu seronok la para “flippers” sebab profit dapat hampir 100% (belum tolak bank penalti?

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    seller yang kena bayar rpgt tapi dengan duit buyer…;) ni baru clear kot. Kalau x seller lak yang rugi sebab kena tax ke atas ‘profit’ yang xde…

    Reply
  3. noreply@blogger.com'Anonymous

    salam tuan blog,

    nak mintak pandangan tuan ni, harap dapat minta tolong ajar.

    sy pun nk buat markup loan jugak nih, so seller dah siap sound awal2 untuk coverkan rpgt dia

    cuma tak paham yg duit deposit tuan kena tahan 1 tahun 8 bulan tuh, mmg kalo selagi title x transfer kat nama owner, selagi tuh ke bank xkan fully reimburse ke lawyer (which is ada duit yg kita mark up tu)

    unit yg saya nk beli ni pun masih dalam master title sbb unit pun masih baru, lbh kurang 4 tahun.

    harap tuan blog dapat reply

    thanks

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge