kalah lagi dan lagi.. | wakif’s blog

Sehingga semalam percubaan aku dalam dunia rumah lelong untuk tahun 2012 telah mencecah angka 3, itupun tidak termasuk beberapa unit yang called off pada saat2 akhir.

Persaingan dalam dunia rumah lelong nampaknya dah semakin sengit. Bidder sanggup bid harga sehingga mencecah market value, malah ada yang lebih.

Analisa rumah lelong mengikut pengalaman aku sejak 2009:

Kali pertama beli rumah lelong di Shah Alam, aku dapat RP dengan harga 31% kurang dari market value.

Kemudian unit di Ampang juga aku dapat dengan RP dengan harga 29% dibawah market value.

Rumah seterusnya 25%, 12% (subsale), 20% dan 38% dibawah market value.

Sekarang untuk mendapat RP agak mustahil kecuali untuk unit2 yang tidak hot. Kalau dulu kriteria untuk aku masuk bid rumah lelong sekurang2nya harga mesti 20% kurang dari market value… tapi sekarang kriteria tersebut terpaksa diubah mengikut keadaan semasa.

Untuk ketiga2 percubaan aku tahun 2012, kriteria yang aku guna adalah 10-15% kurang dari market value… tapi masih juga tak dapat.

Kesimpulannya, kalau kawasan yang agak hot, bidder sanggup bid harga sampai market value. Bagi aku, lebih baik mengalah…. kalau betul2 nak beli baik pilih unit subsale.

p/s : percubaan seterusnya petang ini.

2 thoughts on “kalah lagi dan lagi.. | wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge