mbsb

masa untuk jadi along | wakif’s blog

Loan application untuk Sri Mahligai telah selamat diserahkan kepada pihak MBSB. Banyak juga dokumen2 yang diperlukan:
1. Bank statement – 3 bulan
2. Penyata tahunan KWSP terkini
3. Slip gaji – 3 bulan
4. Salinan Kad Pengenalan
5. Surat pengesahan jawatan dari majikan
6. Kontrak Jualan (POS)
7. Tenancy Agreement – bukti sumber pendapatan lain
8. SPA dan resit booking/down payment – untuk rumah dalam proses penjualan (boleh tolak komitmen untuk rumah tersebut – tidak dikira sebagai liability lagi)
Bab Tenancy Agreement ni yang aku fail sikit… hanya ada 2 TA sahaja. Dua rumah aku lagi tu takde TA walhal kedua2 rumah aku tu diuruskan oleh pelabur/ejen otai merangkap penceramah kursus hartanah lagi. Dah lama aku minta copy TA tu… macam2 alasan diberikan… last2 bila aku nak take over barulah kantoi yang selama ini takde TA pun. Yelah cakap memang senang, nak buat sendiri memang susah.
Back to cerita MBSB, sekarang ni MBSB dah tak boleh berikan 90% loan… paling tinggi boleh dapat dalam 80%++ takpelah bagi aku still better dari pergi ke bank yang mana hanya boleh dapat 70% loan.
Selain daripada tu, rate sekarang adalah BFR-1 (> RM150K), legal fee dan valuation fee ditanggung oleh pihak MBSB. Untuk maklumat lanjut tentang pakej MBSB –> http://www.mbsb.com.my/retail_home_financing.html
MBSB Damansara
Dengan 80% loan, maknanya aku kena tambah lagi 10% sebagai duit down payment… banyak tu. Tapi semua ni memang dah ada dalam plan, even kalau kena keluarkan 30% down payment pun… I have tothis is my worst case scenario.
Persoalannya sekarang, mana nak dapatkan tambahan 10% @ RM25.6K tu? Semalam aku telah buat keputusan… aku akan jadi along. Inilah masa untuk kutip hutang2 aku yang tertunggak, kalau dihitung2 memang cukup untuk cover 10% tu. So pada kawan2 tu… tolong2la bayar yer, masa nak pinjam bukan main lagi kan… Inilah masa korang nak tolong sahabat korang ni pulak kan… huhuhu.
wakif : susahla lepas ni nak tambah rumah lagi…;(

8 thoughts on “masa untuk jadi along | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'wakif

    @ aslam : tQ
    @ khairul : hati tak berapa kering dah sekarang…;)
    @ MySham : ok dah hantar…
    @ matjoe : pahni, sila2lah tambah rumah lagi… aku maybe dh kena cool down…;)

    Reply
  2. noreply@blogger.com'Anonymous

    Boss next time bg interes baru dorg byr cepat ni
    0 % kalo camtu i pun nk try loan ngan u xyah susah2 pg bank huhuhuhuhu….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge