Akhir tahun 2010 aku cuba diversify portfolio pelaburan hartanah aku. Caranya adalah beli tanah dan kemudian pecah lot. Kami berpakat seramai 5 orang untuk membeli sebidang tanah di kawasan Beranang dan rancangannya adalah untuk dipecahkan kepada 5 lot iaitu seorang 1 lot.
Fast forward, submission kami untuk tukar status tanah tersebut ditolak atas sebab2 teknikal iaitu keluasan reserve jalan yang tidak mencukupi dan juga requirement untuk mengekalkan kawasan hijau sebanyak 5%. Faktor2 tersebut menyebabkan keluasan tanah bagi setiap lot menjadi lebih kecil daripada pelan awal.
![]() |
tanah lot tak jadi… |
Kemudian kami decide untuk tidak meneruskan submission buat kali kedua, sebaliknya kami decide untuk jual sahaja tanah tersebut tanpa pecah lot.
Selepas hampir 2 tahun, keuntungan hasil jualan balik tanah tersebut mencecah 49% ataupun keuntungan sebanyak 24.5% setahun. Mmm… not bad at all. Cukuplah buat duit raya tahun ni.
p.s. : kalau jadi boleh untung minimum 130%… takde rezeki nak buat macam mana, rezeki setakat 24.5% jer…
pos ler duit raya ko anok buah 2 ore sini deh..terima kasih..hihihi
Not bad..
Utk anok2 buah ado belako doh ni..:-)