tinggal satu masalah | wakif’s blog

Hari ni hari ke-4 kita berpuasa… Alhamdulillah masih dapat melakukan ibadat puasa dengan sempurna walaupun pada permulaannya agak tidak memberangsangkan. Sempat juga berbuka puasa dikampung pada hari pertama dan ke-2, seronok dapat berbuka dengan keluarga… biasanya balik kampung dapat menginsafkan diri aku…
Rebung… ready untuk dimasak…
Pasar Ramadhan Wakaf Bharu… rambang mata dibuatnya…
Suasana berbuka puasa di kampung…
Cerita pasal rumah pula, Alhamdulillah juga 2 hari sebelum puasa pegawai MBSB call bagitau loan aku dah approved… 80% seperti yang diberitahu sebelum ini. Dalam ertikata lain aku perlukan down payment 20% untuk rumah yang baru dimenangi baru2 ini.
Semalam juga ada jumpa officer CIMB Paka, ingat nak masuk rumah landed kat area sini, dah discuss dengan owner pasal nak mark-up harga tapi official valuation dari valuer CIMB ni tak capai target harga yang aku nak. Kalau aku nak proceed juga kena down payment dekat2 6 angka… fuhhh!! Mungkin aku hold dulu pasal ni sebab risk dia terlalu tinggi sebab pakai cash yang banyak.
Last time aku ada cerita pasal masalah rumah sewa lagi… masalah takde Tenancy Agreement… untuk makluman 2 rumah aku ini masih diuruskan oleh ejen. Pengurusan yang tidak cekap sama sekali, ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya…;) Lepas di push2 beberapa kali akhirnya aku dapat juga TA untuk unit di Shah Alam… btw aku dah berbincang dengan ejen tersebut untuk take over kedua2 rumah ini kira2 sebulan yang lalu. Mungkin beliau sibuk dengan kerja2 underground kot sampai tak ada masa nak uruskan unit2 ini.

 

setelah sekian lama beroperasi tanpa agreement…

 

Sekarang tinggal satu lagi unit yang belum boleh aku take over sebab masalahnyer terlalu besar antara tenant dan ejen tersebut… full stop. Paling awal pun bulan 9 baru aku boleh take over rumah tu… tapi tak tahulah macam mana.
p/s : since rumah landed tu x jadi… maybe aku boleh usha2 satu lagi rumah kat area kl sebelum berakhirnya 2012.

9 thoughts on “tinggal satu masalah | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'salfhi

    Telampau byk unit, susah ejen nk urus.. Lg susah adalah owner!! Ada bank yg xperlukn TA yg dh matikn.. Blh cuba sbmit application dlu..

    Tp kalo bank insist jgk, buat dummy TA je.. Taruk nama kwn(pakat) je..

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    bagi aku ejen tu kena be professional la… kalau tak mampu, ada masalah ke bagitau je laa… ni tak… senyap… sms x berjawab… duit sewa tah kemana…

    dummy TA? mmm…

    Reply
    1. noreply@blogger.com'salfhi

      Ejen byk nk kjar RM.. Kaching2x je.. Servis ke laut..

      Apa yg diorg pk..? Nk biz 2-3thn je kot.. Mcmana pn, better uruskn umah sndiri bro.. Baru ada thrill jd owner

      Reply
  3. noreply@blogger.com'Anonymous

    Brk..mbsb boleh dpt 90%.. utk rumah ke3..4 or ke 5?… ejen uground…ayoyoyo..die kee..bukan die ok kaaa…

    Yus

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge