tak jujur | wakif’s blog

Kisah benar sebagai pengajaran di bulan Ramadhan yang penuh berkat : Dialog ‘kelakar’ antara aku dengan penyewa.
Sahail (bukan nama sebenar) : Salam, saya dah masukkan sewa bulan Ogos hari ini 7/8 pukul 12.35
Aku : Ok (belum check penyata bank)
Keesokkannya, selepas aku check akaun bank,
Aku : U masuk sewa berapa? RM650?
Sahail : A’ah kenapa?
Aku : Kenapa RM650? Sewakan RM500 sahaja..
Sahail : Owh ye ke… huhuhu sebelum ni kitaorang memang bayar sewa RM650, maybe sebab pakai orang tengah kot… so sekarang macam mana… sewa rumah memang RM500 la ye..?
Aku : Guna ejen pun memang RM500 pun..;) sewa memang RM500 jer… Nak refund balik atau nak tolak sewa bulan 9?
Sahail : Tolak bulan 9 lah senang.. kalau cam tu… ‘kena pau’ lah kami sebelum ni yer… kekeke
Aku : Yela tu kot… sungguh jahat orang itu… ok nanti bulan 9 bayar RM350 jer… tq
Sahail : Ok.
p/s : mmm… patutla takde tenancy agreement…;)

22 thoughts on “tak jujur | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'Anonymous

    bakpoooo la hooor lagu tu…
    kalu kato nok jugop sen tu, deal molek la deh?
    ore Islam, kae keno jujur… hehe
    Muhasaboh diri kito samo2, lagi2 di bulae mulio ni deh?
    InsyaALLAH..
    ~Wenn @ Numara

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    @ farhan : nk kata amik tak tau la pulak.. Tp citer dari tenant mcm tulah… Siap dh masukkan duit byk tu… Tp respek gakla coz dia boleh fpt sewa tinggi… Lepas ni boleh up sewa la kot.. Hehe

    @ numara : psl duit ramai hok gelap mate weh…:-)

    @ salfhi : 2 ejen kawe kt preferred list tu tip top bro…:-)

    Reply
  3. noreply@blogger.com'Anonymous

    kalau tak jujur mungkin boleh senang tapi sampai mati hati tak tenteram ..

    yang paling naya adalah tennant dan yang paling sakit hati adalah awak ..btw ejen yg tak jujur pun tengah dok cover malu .. hmmmm

    //syahproperty

    Reply
  4. noreply@blogger.com'Khairul

    Highlight je brand agent tu….bagi peringatan kat beginner yg berminat nak masuk property investment……

    Reply
  5. noreply@blogger.com'wakif

    Sapa2 yg pernah baca post aku sebelum ni boleh agakla kot… Tp ni cerita dari sebelah pihak maybe kalau dia ada baca post ni dia akan explain kat aku nanti… Buat masa ni mcm nilah…

    Reply
  6. noreply@blogger.com'wakif

    Kalau sublet aku lagi suka.. Agreement aku ngan dia jer… Payment mesti cantik nyer..:-) ni tak acc dahla terabur…

    @ syam: betul dah tu… Hehe

    Reply
  7. noreply@blogger.com'Anonymous

    wei..sape tu agen ni…aku risau plak..mana tau nanti nak guna khidmat agen, guna ‘DIA’ terkena aku plak…huhuu

    Reply
  8. noreply@blogger.com'sambruns

    i think sebelum tulis entry ni, eloknya tuan tanah cuba tanya dulu agen nye kisah sebenar utk mengelak spekulasi org yg tak tau cerita sebenar.. nombor ade tepon ada ditangan.. ringan2 tangan utk call.. sempena bulan ramadhan ni kita bermaafan dan bersangka baik.. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat kita rapatkan.. wallahualam

    Reply
  9. noreply@blogger.com'Syam

    sambruns,

    kenapa asyik mangsa je yang nak kena check kenapa dia kena sembelih? kan ke baik kalau pemangsa yang terangkan kedudukan yang sebenar? sempena bulan ramadhan kalau pemangsa buat salah sepatutnya dia kena lah insaf dan minta maaf kat mangsa. camtu boleh tak?

    Reply
  10. noreply@blogger.com'sambruns

    itu lah saya cakap.. kita kena bersangka baik.. adakah betul agen tu “pemangsa”? kalau tak betul atau ada salah faham, macam mana.. kan ke kes naya agen tu.. agen tu mungkin tak tau artikel tu ditulis jadi mcm mana dia nak call utk clearkan salah faham. jadi sempena bulan baik ni, elok la kita bersangka baik dan kalau x pasti, adalah tanggungjawab penulis utk memastikan kesahihan cerita yg nak ditulis tu supaya tak timbul spekulasi utk pembaca yg taktau cerita keseluruhan. wallahualam..

    Reply
  11. noreply@blogger.com'wakif

    Rilek2 jgn gaduh2.. Hehe… Kt atas tu aku dh tulis disclaimer cerita ni dari tenant… Nnti aku check citer ni dari dia plak… Will update nnti…

    Reply
  12. noreply@blogger.com'sambruns

    baguslah cam gitu.. nak tau jugak cerita penuh dia..harap dapat update.. kalau agen tu betul tak jujur.. insyallah, Allah ada balasan untuknya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge