Masa berlalu begitu pantas. Setahun telah pun hampir berlalu sejak aku mengambil alih pengurusan rumah sewa di Vistaria Apartment di Puchong. Alhamdulillah sepanjang tempoh setahun tersebut takde sebarang masalah dalam menguruskan rumah tersebut.
Sewa secara konsisten dibayar oleh tenant pada 1 atau 2hb setiap bulan. Ini mungkin disebabkan tenant berpuas hati dengan kadar sewa yang aku berikan. Jika sebelum ini 10% dari jumlah sewa aku allocate untuk bayaran ejen, tetapi sekarang 10% tersebut aku beri diskaun pada tenant. Ini bermakna jumlah bayaran sewa yang aku dapat setiap bulan adalah sama dengan bayaran sewa semasa rumah tersebut diuruskan oleh ejen.
Malahan bayaran yang aku terima adalah lebih konsisten berbanding semasa diuruskan oleh ejen. Tambahan pula kadar sewa yang aku berikan adalah agak rendah berbanding dengan kadar sewa semasa.
Untuk tahun ke-2 (Oktober 2012 – September 2013), setelah berbincang dengan tenant tersebut, kadar sewa untuk tahun ke-2 akan dinaikkan sebanyak 8.33% dan ianya masih lagi dibawah kadar sewa semasa yang rata2 sekitar RM700-RM800 untuk basic unit.
![]() |
2012-2013 |
p.s. semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012..;)
Amin
Seronok urus sendiri dan kenaikan sewa boleh awasi sendiri dan masuk semua dalam poket sendiri.
Alhamdulillah..:-)
dulu matriks UKM kat Sek Alam Shah ke
@leepaz : betul tu tahun 96.. why?