gold-coast-morib

gold coast morib | wakif’s blog

Sekali lagi secara tidak sengaja kita orang pergi bercuti, kali ini ke Gold Coast Morib. Kalau ikut plan asal just nak lepak2 di Cherating sempena my wife’s birthday and our 1oth Anniversary
Semuanya diatas syor oleh seorang office mate kerana Gold Coast Morib pada masa ini menawarkan pakej istimewa menyambut ulangtahun kelahiran disana. Hari itu adalah 28/9. 
Antara kelebihan yang ditawarkan adalah :

– Penginapan dibilik studio
– 2 dinner dan 2 breakfast
– 2 tiket ke water theme park
– Kek harijadi
– Hadiah harijadi
– 5 minit ATV ride
– Sijil penyertaan
RM240++ sahaja
Kebetulan masa tu kita orang memang dah berada di KL so perjalanan ke sana hanya mengambil masa sekitar 80 minit.
Tiba disana sekitar jam 4.30 petang. Selepas berehat sekejap kita orang terus menuju ke pantai untuk menikmati keindahan pantai Morib.
Didepan restoran terapung… malangnya restoran ini menyediakan minuman keras..;(
Berdua berlatar belakangkan restoran terapung…
ATV Rides with kids… RM20/10 minit…
Akif bermain di pantai…
Birthday surprise during dinner..;)
Tiket water theme park..
Secara keseluruhan memang berbaloi pergi ke Gold Coast Morib.

p.s. Udara malam di sana agak tidak selesa kerana dicemari bau dari kilang kelapa sawit yang berdekatan.

4 thoughts on “gold coast morib | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'Matjoe

    Aku dah pegi tp tak review sbb aku tak puas hati pasal bauu busuk dia. Bukan payah tunggu malam, lepas ujan pon dah cukup nk hidu bau busuk yg x menyenangkan itu.

    Reply
  2. noreply@blogger.com'Mohd Aslam

    aku masa pergi lagi best. Lps maghrb naik bau dari kilang depan tu,terkejut sbb aku igt aku pijak taik kat selipar. Rupanya… mmg kena ddk dalam bilik je diam-diam..hehehe

    Reply
  3. noreply@blogger.com'wakif

    bagi aku overall ok jer… makanan dinner/breakfast bagus… theme park tu pun ok… kecik jer simple.. pantai x best dan bau tu yg tak tahan…

    bagi aku cukuplah kot pergi sekali jer…;)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge