astaria-gate

landlord yang teruk | wakif’s blog

Ya, aku memangnya seorang Landlord yang teruk. Hampir kesemua rumah yang aku beli, aku tak pernah tengok rumah atau keadaan dalam rumah tersebut. Malah ada yang aku jual terus tanpa tengok pun rumah tersebut. Memang teruk kan aku sebagai Landlord…;)
Aku seharusnya berterima kasih pada ejen aku yang teruk, kalau tak sampai sekarang aku takkan sampai ke rumah2 tersebut. Sekarang ni 2 unit aku uruskan sendiri, so far takde masalah langsung… kalau ada pun boleh terus discuss dengan tenant, tidak melibatkan pihak ke-3. 

Last weekend, aku menjejaki satu lagi rumah yang bermasalah dengan ejen. Rumah ini adalah yang terakhir dibawah pengurusan satu penyelesaian dan inilah yang paling worst. Aku tak tahu dan tak nak tahu apa masalah ejen dengan tenant… kalau agreement pun takde, malasla nak cakap pasal benda lain. Ok that one is now history… walaupun call aku tak berangkat, sms tak berjawab. Takpe, fine. TQ.

Sebenarnya kawasan rumah ni aku familiar pun, dah lama aku survey… cuma tak sampai ke dalam rumah jer.
Taman Kosas
Blok Aida
No 75
JMB Office
Since bekas tenant ada ‘masalah negara‘ dengan ejen aku ni, tanpa ada agreement dia duduk ‘free’ 2-3 bulan dan akhirnya bulan August hari tu dia cabut lari seperti yang dijanjikan. Dengan kunci dan access card sekali. Aku check dengan JMB office, access card tersebut bernilai lebih RM200. Memang terbaik.

Takpe2, boleh sabar lagi no problem. Masalahnya aku pun takde kunci rumah tersebut (rasa2nya ada tapi cari tak jumpa). Grill tak berkunci cuma tombol tu jer berkunci.

pintu berkunci, nasib baik?

Kesimpulannya, aku tak dapat masuk kedalam unit tersebut pada hari itu.

Cari punya cari, kunci tersebut kat rumah, akhirnya jumpa. Hopefully ia kunci yang sama. Next week aku akan kembali ke sana.

ni dia baru jumpa…
Sekarang aku ada 2 pilihan. Nak uruskan sendiri atau guna ejen lagi (of course ejen lain). Urus sendiri adalah lebih baik untuk elakkan pisang berbuah 3 kali, keluar mulut singa dan masuk mulut buaya. Aku tak nak juga bila dah keluar dari mulut buaya ni masuk pula mulut serigala… hahaha.
Will decide later.
p.s. aku ada priority lain selain nak uruskan rumah ni sendiri, lagipun aku ni PJJ (pelabur jarak jauh).

12 thoughts on “landlord yang teruk | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'wakif

    Thanks all for d advise… Staff jmb ada suggest sorang ejen nama uncle chong… Dia manage 30unit kt situ saja… Dgr citer payment ok… Tp aku rasa mcm nk urus sendiri jer kebetulan lepas ni kena ‘transfer’ lama sikit kat kl…

    Reply
  2. noreply@blogger.com'ReM

    Baik urus sendiri rumah sewa. Boleh dapat harga sewa pasaran dan keadaan rumah terjaga. Senang nanti kalau nak jual. Urusan rumah sewa memang seronok dan berbaloi baloi.

    Reply
  3. noreply@blogger.com'nu bis

    satu penyelesaian ni ada geng2 di kawasan selatankan, dorang punya servis macam mana,saya budak baru belajar kat sini, mohon tunjuk ajar, tak mahu masuk mulut buaya atau naga juga

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge