writing heals | wakif’s blog

Kenapa aku ber’blog’? soalan popular yang setiap blogger ada jawapan tersendiri. Bagi aku pada permulaannya adalah kerana suka2 atau lebih tepat lagi terikut2 dengan trend sekarang. Kali pertama menulis entry di blog ini pada 6 May 2008. Pada masa tu main terjah jer… tak tahu nak tulis apa2 pun. Lagipun aku ni bukan yang jenis open2… banyak rahsia2…;) Ini entry pertama aku : tasik kenyir
Walau tak selalu menulis (sebulan dalam 2-3 kali jer) tapi aku terus tetap maintain blog ni. Salah satu sebab mungkin aku suka baca blog2 orang lain, itulah kelebihan berblog sebab kita akan rasa lebih dekat dengan owner blog tersebut (ada interaksi) sebab setiap entry yang ditulis adalah idea ataupun luahan hati pemilik blog itu sendiri. 
Blog aku ni takde tema2 tertentu, apa yang aku rasa nak tulis aku akan tulis tapi lebih berkisar kepada kisah keluarga aku dan apa yang aku buat. Sebenarnya dari dulu lagi aku tercari2 apa yang aku nak buat selain bekerja. Buat MLM tak payah ceritalah, memang banyak… sebab aku mencari financial freedom. Aku kenal bidang hartanah melalui blog juga, dengan membaca blog2 hartanah yang terawal antaranya :
Tak lama selepas blog ini wujud (dekat setahun juga sebenarnya), aku memberanikan diri untuk membeli hartanah untuk pelaburan yang pertama iaitu pada 27 February 2009. Kemudian hartanah ke-2 selang 3 bulan kemudian. Sekarang aku dah jelas apa yang aku nak buat selain bekerja dan bagaimana nak capai financial freedom.

Kemudian aku develop pelan 5 tahun – my retirement plan. 20 unit rumah dalam masa 5 tahun. To be honest masa aku set target tu aku langsung tak tahu macam mana cara nak achieve semua tu. Memang betul2 imagination aku. Tapi target itulah yang membuatkan aku terus bergerak… beli rumah ke-3, 4, 5, 6 dan 7. Sesuatu yang aku tak pernah terfikir sebelum ini. Walaubagaimanapun target aku ni agak tersasar selepas peraturan baru berkenaan loan rumah diperkenalkan iaitu LTV 70%. Kena re-strategise balik ni.

Kehadiran blog ini juga menjadi pembakar semangat aku untuk terus membeli dan membeli. Bila aku tengok balik post2 lama, cerita2 beli rumah, tengok blog kawan2 membuatkan aku lebih fokus untuk mengejar target aku.

Walaupun dari segi jumlah kuantiti rumah masih belum cukup 20 unit tetapi dari segi nilai hartanah aku sebenarnya menyamai atau melebihi nilai 20 unit apartment kos rendah di KL. Not bad lah kan…;). Tapi aku tak main rumah kos rendah, sebab rumah tu milik orang lain.

Orang kata niat kena betul. Walaupun kat sini aku selalu cerita pasal beli rumah, berapa rumah yang aku ada, takde sedikit pun perasaan (kadang2 ada juga, tapi kena cepat2 betulkan balik) nak menunjuk2… kerana aku tahu dan kenal ramai lagi pelabur2 hartanah yang berjaya dan hebat2. Biarlah blog ini menjadi inspirasi aku dan juga pembaca2 blog yang lain untuk memulakan pelaburan hartanah.

Berbalik kepada tajuk asal entry ini – writing heals. Writing is a therapy, writing is a great healer and confidence builder. You can let out your feelings – good, bad or indifferent and actually feels a weight being lifted off of you. This is exactly how I felt. Mula2 tu agak takut2 juga untuk menulis apa yang ada difikiran.. tapi setelah kita tulis, sebenarnya kita meluahkan perasaan atau beban yang kita tanggung. Apa yang orang lain fikir tak penting kan..;)

Begitu juga dengan media social yang lain seperti Facebook dan Twitter. Jika ada orang perasan, lately aku agak aktif di Facebook dan Twitter. Semuanya adalah untuk terapi – writing heals…;)

p.s. Do add me at Facebook and follow me at Twitter (@wakif611), together we share our thoughts.

8 thoughts on “writing heals | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'ReM

    Menarik dan tahniah dah ada 7 biji rumah. Sekarang ni challenging sikit dengan Loan to Value Ratio (LVR) 70% anggap ni sebagai cabaran utk dapatkan utk beli rumah. Masih banyak peluang bro.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge