Aku rasa ini yang terakhir untuk tahun 2012. Sekali lagi target aku untuk 2012 (3+1) tidak tercapai, actually a stretch target. Walaubagaimanapun target aku untuk dapatkan landed house tercapai (+1), yang tinggal 2 apartment/kondo. Takpelah.
Perancangan pelaburan untuk 2013 telah berjalan… InsyaAllah akan lebih agresif dengan strategi yang baru.
![]() |
Offer letter from Maybank… |
Pembelian landed house yang ini sebenarnya lebih kepada kemahuan bukan keperluan jika dilihat dari sudut pelaburan. Untuk menyedapkan hati sendiri, alasan2 dibawah digunakan untuk menjustifykan pembelian ini.
Tahun depan Wanis akan bersekolah di darjah 4, dimana banyak aktiviti ko-kurikulum sekolah akan berjalan pada waktu petang.. Lokasi rumah yang lebih dekat dengan sekolah, lebih dekat dengan tempat tuisyen mestilah menjadi pilihan aku. Jarak antara rumah dengan sekolah, tempat tuisyen adalah tidak lebih dari 1 km dan berada dalam kawasan perumahan iaitu Taman Murni Perdana, Paka.
Rumah yang aku duduki sekarang, rumah Semi-D agak jauh dari sekolah (lebih kurang 7 km) dan jalan yang agak berliku, terpaksa melalui jalan utama dan kesibukan lalulintas – maklumlah Bandaraya Paka. Faktor keselamatan anak dan isteri juga menjadi keutamaan aku – selepas isteri aku terlibat dalam kemalangan 2 hari sebelum Aidilfitri baru2 ni.
So, agak2 justify tak pembelian aku ni? 😉
![]() |
Tulis cek kali pertama..;) |
Actually pembelian ini juga sebenarnya membuka pintu untuk aku meluaskan portfolio pelaburan aku. Sekarang aku ada rumah lebihan yang boleh aku gunakan untuk menjana income tambahan mungkin melalui sewaan ataupun melalui konsep homestay. Rumah aku sekarang akan di’tinggal’kan dengan keadaaan fully furnish.
p.s. sedang giat menyiapkan pelan dan strategi pelaburan 2013.
pembelian rumah untuk guna sendiri boleh bertukar menjadi satu pelaburan yang menguntungkan..(pengalaman sendiri)
homestay lagi better kot kene rajin market jer, but taktau rate sewa dekat sana.
Setuju dengan pendapat bro joe…tapi, walaupun tak tau berapa rate, kkalau kira jadik pioneer kat area situ, kita boleh set harga berapa yang kita nak. Kalau dah ada homestay lain, then baru la ikut harga market…
http://www.FaridAdam.com
Beli rumah memang tak rugi. Banyak perkara boleh buat seperti boleh sewa, jual atau refinance untuk dapat lebihan tunai.
Tahniah bro… semoga Allah permudahkan segala perancangan… Amin!
homestay pun masyukk….
Option yg ada utk rumah semi D tu:
1) Sewakan fully furnish (filtered tenant)
2) Homestay
3) Refinance (if the value is significant)
4) Flipping (if the value can meet your target)..kawe suka yg ni
5) Rumah Hujung Minggu (tak productive)
etc
Sewakan jadi taska…
Buat wakaf ke perkim, anak yatim etc pn ok jgk.. Tanam saham akhirat..
Wahh banyaknye idea…:-) thanks semua… Nanti aku share balik apa jd kat rumah ni… Target pindah rumah next year…
salam, area paka 2, dekat dgn kertih, kawasan minyak rasanya x susah dpt customer samada utk sewa atau homestay. Saya area kuantan, x jauh le kita. Plan nak buat homestay jugak, rumah baru early next yr baru dpt kunci…insyaAllah
bro..like sgt..ape2pun family mesti diutamakan.. terbaeklah.. semi d tu dekat jambatan erk.. boleh buat sewa bulanan tu.. sewa dekat student pun ok tuh.. ambe teres area paka ambe sewakan 1k kt student..
@azizan : yup area paka, kalau ikut market xde masalah..
@peruzz : yup dekat jambatan.. area tebing tembah..