taman-murni-perdana

kunci 5 | wakif’s blog

Kunci#1
Sekarang masih menunggu kunci rumah baru di Taman Murni Perdana, Paka. Deposit 3% dah bayar dan remaining 7% pun dah ready untuk dibayar. Owner pun dah setuju nak handover kunci walaupun belum selesai urusan tukar nama. Hopefully paling lambat bulan March tahun depan dah boleh masuk rumah baru (after renovation) dan yang paling penting rumah sekarang boleh dihomestaykan. Untuk rumah ini aku kena bayar down payment sebanyak 30%.

rumah dalam proses pembersihan…

Kunci#2

Kunci Astaria Apartment hari tu pun dah selamat ditukar setelah bergelumang dengan masalah agent dan juga tenant. Rumah ni agak lama juga terbiar tanpa penyewa kerana aku tak sempat nak repair dan touch up rumah tersebut. Plan asal nak buat sendiri tapi tak terbuat…;)
Akhirnya aku dapatkan tukang repair untuk rumah tersebut. Rumah tu aku nak cat balik, pasang kipas, repair kitchen cabinet dan juga tukar pili air. InsyaAllah dalam minggu ni boleh siap dan bermula January dah boleh disewakan. Kali ini aku akan manage sendiri.
Kunci#3
Kunci Sri Mahligai pun dah dapat. Selepas berhempas pulas menunggu Owner rumah tu untuk keluar. Untuk rekod, rumah ni aku dapat melalui auction dimana Owner masih tinggal dirumah tersebut. Tunggakan rumah ni mencecah puluhan ribu tetapi ditanggung oleh pihak bank pelelong.
Sementara tunggu Owner lama tu keluar aku terpaksa juga bayar maintenance fee yang berjumlah RM700++ yang sepatutnya dibayar oleh Owner lama. Urusan pinjaman melalui MBSB juga memakan masa yang agak panjang sehingga aku terpaksa bayar penalty sebanyak RM5.7k dan aku dapat extension selama 3 bulan.
Untuk mengurangkan kerugian, aku terpaksa melambatkan full settlement sehingga hampir tamat tempoh 3 bulan tersebut. Kalau tidak aku terpaksa bayar installment MBSB sebagai tambahan kepada penalty tersebut.
Akhirnya awal bulan 11 aku dapat kunci rumah tersebut, sekarang tengah giat dalam proses mengecat semula, pasang lampu dan sebagainya.
Owner lama ni pun agak berperikemanusiaan, walaupun aku kena bayar maintenance fee RM700++ dan tunggakkan bil elektrik sebanyak RM1k++, aku di compensate dengan  kitchen cabinet dan juga 3 biji air cond. Kira ok la tu.

Available untuk disewa.. January 2013

Kunci#4

Kunci Magnaville juga telah selamat bertukar tangan, kini dengan pemilik yang baru. Rumah pertama yang aku jual. Banyak pengalaman yang aku dapat hasil jual rumah ni. Strategi pelaburan aku juga akan berubah sedikit selepas ini, lebih kepada bagaimana nak memaksimakan keuntungan. Antara perkara2 yang perlu diambil kira adalah agent fee, penalty lock-in period, legal fee dan RPGT sebelum menjual rumah.

Sebenarnya ada satu lagi unit aku dalam proses penjualan, urusan ni sangat lembab. Tapi memandangkan aku masih menikmati duit sewa unit ini, so aku tak kisah sangat. Terpulang kepada pembeli untuk mempercepatkannya.

Kunci#5

Setelah hampir 4 bulan masuk workshop, InsyaAllah dalam bulan ni Myvi aku ni akan kembali ke atas jalan raya. Cuma yang berbeza kali ini bukan aku ataupun isteri yang akan berada di belakang stereng. Myvi ini akan aku sewakan dan telah menjadi sebahagian daripada Strategi Pelaburan Hartanah 2013 aku. InsyaAllah next time aku akan cerita lanjut pasal Strategi Pelaburan Hartanah 2013.

ada yang nak sewa ke? murah2..

 p.s. : Tengah sibuk menyiapkan strategi pelaburan hartanah 2013.

9 thoughts on “kunci 5 | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'sam chon

    kalau total RM700 maintenance fee tu start dari tarikh tuan menang lelong.. mmg betulla tuan yg kena bayar maintenance fee tu sbb rumah tu dah jadi tanggungjawab tuan tapi tuanrumah masih ada hak untuk duduk sity sbb tuan masih tak bayar full settlement rumah tu..

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    @ farid : susah nak jawab soalan ni..;) kunci yg jual kot yg paling untung…

    @ KF : tq bro… belajar dari pengalaman..;)

    @ sam chon : ada dalam mana2 peraturan tak? kalau ikut my understanding rumah tu dah jadi milik pembeli sebaik saja sign kontrak lelongan (walaupun mmg tak bayar full lagi)… saya ada consult ngan my lawyer then lawyer issue notis pengosongan serta merta kepada owner lama stated effectice date menang lelong…

    kalau ada reference tlg share…

    Reply
  3. noreply@blogger.com'sam chon

    saya tak la ingat reference kt mana.. bleh tanya lawyer balik le.

    part u yg lawyer byat tu itu biasa la strategy lawyer utk menakutkan owner lama supaya keluar cepat.. tapi kalau owner tu tau his right.. dia akan stay lagi sampai le owner baru buat full settlement… sama macam yg owner lama u tu buat la..

    sbb ada ketikanya.. walaupun rumah tu kita dah menang lelong.. kita baru je menang part lelong jer.. blum bayar lagi.. sbb kalau kita tak mampu bayar OR takleh dapat loan umah tu dlm masa yg ditetapkan, rumah tu akan dilelong semula.. rumah tu dilelong semula atas nama owner yg lama.. bukannya atas nama pemenang lelong yg tak mampu bayar tadi.. dan pemenang lelong ni pun duit deposit dia aja (10% or 5%) aja yg burn.. itu menunjukkan rumah tu masih atas HAK owner lama sehingga full settlement dibuat.. tapi rumah tu dah jadi TANGGUNGJAWAB pemenang lelong.. ada dua perkara berbeza tu.. HAK n TANGGUNGJAWAB..

    basically under perfect condition, rumah tu kita bayar cash time menang lelong tu.. then terus rumah tu jadi HAK and TANGGUNGJAWAB kita.. but somehow we are not living in the perfect world, so we still need to find loan.. thats why masa yg diambil utk cari loan utk settlekan rumah tu, owner lama masih ada HAK lagi atas rumah tu..

    Reply
  4. noreply@blogger.com'wakif

    Kat POS menang ada mention pasal full settlement… tapi itu antara pembeli baru dengan bank pelelong.

    Hak dan tanggungjawab 2 perkara berbeza… mmm betul la tu kot… kalau kita beli rumah subsale kita dapat vacant possesion tanpa kena bayar apa2 outstanding payments dlm tempoh pembelian tersebut…

    My point is owner lama boleh stay rumah tu hingga full payment tapi byrla sekali bil2 yg berkaitan… huhu bank bayar sehingga tarikh menang lelong jer…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge