Screenshot_2013-01-14-11-28-16

tiap tiap kesukaran disertai kemudahan

Jika bukan kerana masalah2 dan musibah yang aku terima sebelum ini, sudah pasti aku masih ditakuk lama.
1. Rumah aku di Astaria, Ampang. Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah ni sebelumnya walaupun telah dibeli sejak tahun 2009 lagi. Sekarang tempat ni dah jadi familiar bagi aku. Hema, kerani di JMB pun aku dah kenal, anything just sms/email/call kerja boleh settle.  Begitu juga dengan handyman atau tukang repair yang bernama Ruhul Amin. Kerja2 mengecat dan repair sudah tidak menjadi masalah.

2. Rumah aku di Mediterranean Apartment, Shah Alam. Kalau tak sampai sekarang aku masih ‘ditipu‘ dengan sewa RM650 tapi yang aku dapat hanya RM500. Akaun rumah ni pun berterabur dengan outstanding maintenance fee yang mencecah ribuan ringgit. Sekarang semuanya dalam gengaman aku. Bulan Januari 2013 masa aku untuk memperbaharui dan memperbetulkan Tenancy Agreement lama. Penyewa sekarang berpuas hati dengan kadar sewa yang dikenakan dan aku pula sudah tidak lagi miss hasil sewa setiap bulan.

3. Sri Mahligai, Shah Alam. Kedua2 masalah diatas mendorong aku buat keputusan untuk manage rumah ini sendiri. Daripada buat minor repair sehinggalah mendapatkan penyewa, semuanya aku uruskan sendiri. Disini juga aku dah ada handyman sendiri iaitu Mr. Naga. Staff JMB juga boleh berurusan melalui sms/call/email.

4. Myvi WWQ 289. Kalau tidak kerana kereta aku dilanggar, sudah pasti aku tidak terjebak dengan ‘bisnes‘ kereta sewa. Kini WWQ 289 booleh menjana pendapatan tambahan yang boleh cover bayaran bank untuk 2 buah kereta Myvi. Yang lagi bagusnya kereta ni sudah mendapat kontrak sewaan sehingga 11/3/2013.

p.s. : InsyaAllah tiap2 kesukaran akan disertai dengan kemudahan.
p.s.s : Tinggal 1 unit lagi belum dalam genggaman.

5 thoughts on “tiap tiap kesukaran disertai kemudahan

  1. noreply@blogger.com'nUmara...

    salam..
    dak doh bace kisoh ye..
    oram putes kate “don’t take things for granted”.. alhamdulillah, tersedor dari zone yg selesa awal2.. kalu dok jadi gini, kite dop sedor orp? ambe pon nok ambik pengajaran dari kisoh tuan… ^^
    May 2013 brings you, family, job & business more prosperous!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge