vista-perdana1

baik buruk beli rumah cash

Kenapa perlu beli rumah secara cash atau tunai?
Bagi aku hanya satu sebab kenapa perlu rumah cash – untuk dapatkan harga yang ‘murah‘ daripada harga pasaran. Ini kerana penjual memerlukan cash atau tunai dengan cepat atas sebab2 tertentu.
Murah‘ yang bagaimana? Bagi aku sekurang2nya 25% dibawah market value. Untuk unit ini aku dapat 30% (anggaran) dibawah market value dan mempunyai potensi untuk harga akan meningkat pada masa hadapan.

Tapi sebelum membeli rumah secara cash atau tunai, satu perkara perlu dipertimbangkan:
ROI – Jika rumah tersebut berharga RM60K, kita perlu kira ROI keatas duit tersebut jika kita tak buat apa2 (simpan).
Sebagai contoh, RM60K jika disimpan dengan pulangan 7% setahun akan memberikan pulangan sebanyak : RM4,200 setahun. Persoalannya adakah dengan membeli rumah tersebut dapat memberikan pulangan RM4,200 setahun atau lebih.
Caranya adalah dengan melihat kadar sewa untuk rumah tersebut, adakah dapat memberi pulangan sebanyak RM4,200 setahun. Sebagai contoh, untuk mendapat pulangan sebanyak RM4,200 setahun rumah tersebut perlu lah disewakan dengan kadar RM350 sebulan.
Jika kadar sewa adalah RM350 atau lebih then bolehlah teruskan pembelian.
Ini bermakna kita tidak kehilangan pulangan sebanyak 7% setahun (jika kita simpan) dan pada masa yang sama juga kita dapat instant profit (on paper) sebanyak >25%. Kita juga berpeluang menikmati keuntungan daripada harga rumah yang bakal meningkat pada masa hadapan (capital appreciation).

p.s. : Alhamdulillah rezeki, pembelian yang tidak dirancang.

7 thoughts on “baik buruk beli rumah cash

  1. noreply@blogger.com'W A Rahman W Mamat

    @ Rohaniah : TQ
    @ Kahirul : TQ

    ROI yang dimaksudkan disini adalah perbandingan pulangan diantara simpanan (ASB/Koperasi/Bank Rakyat/ect)dengan hasil sewaan.

    10 tahun? 5 tahun? itu mungkin merujuk kepada payback period… tapi dalam kes ni tidak applicable sebab duit tersebut hanya ‘allocate’ ke tempat lain dan bukannya digunakan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge