emas oh emas

Walaupun pada tahun 2011 aku memang ada niat nak beli emas, tapi sampai sekarang aku masih belum beli emas. Kenapa? Sebab priority aku masih pada pelaburan hartanah.
Berikut adalah 2 entry aku yang berkaitan dengan emas:
Ini kerana aku tidak melabur atau membeli emas hanya kerana mengikut orang. Aku ada buat perkiraan aku sendiri.
Simpati juga dengan nasib kawan2 yang membeli emas atas dasar ikut-ikutan, ada juga kawan2 ejen emas yang tersangkut duit kerana emas. Ada yang kerugian sebanyak RM70K (jika jual pada harga sekarang), ada juga yang menanggung kerugian ribu riban akibat aktiviti beli-gadai-beli-gadai ini.
Sekarang ramai ejen2 emas dah senyap, ada yang dah menukar tagline “aku tak jual emas, aku educate orang tentang emas”. Baguslah kalau macam  tu, kalau dulu tagline nyer lainlah sangat. Kalu educate orang dari dulu kan best.
Emas adalah komoditi, ada turun ada naik. Setiap yang naik pasti akan turun, begitulah sebaliknya – hukum dalam pelaburan. So, melaburlah dengan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan.
Wallahu’alam.
P.S. : InsyaAllah tahun depan borong emas.

3 thoughts on “emas oh emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge