kajang

Kajang Pak Malau

Disclaimer : Aku bukanlah expert dalam pelaburan hartanah di Kajang. Pandangan aku hanya berdasarkan pengalaman menguruskan 2 unit rumah di Kajang.
—————————————————————————————
1. Pertama sekali permintaan sewa dikawasan Kajang memang agak tinggi (at least untuk sewaan sekitar RM400-RM800). Ini berdasarkan pengalaman aku mencari penyewa untuk rumah aku di Kajang. Tidak sampai sehari, iklan aku di mudah.com.my terpaksa di’delete‘ kerana tidak tahan menerima panggilan pencari rumah sewa.
2. Aku memang sentiasa mencari2 peluang menambahkan property disekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang, Kajang, Puchong dan Shah Alam. Sehinggalah aku temui satu projek baru di Kajang yang dinamakan Symphony Service Residence.
3. Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh dilihat disini –> http://www.symphonyresidence.blogspot.com/ tetapi aku tidak ingin bercerita tentang projek ini. Harga 1 unit adalah sekitar RM300K (bergantung kepada keluasan).
4. Kehadiran Pearl Avenue di Kajang memang menceriakan hidup aku sebagai pelabur hartanah di Kajang. Bukan kerana aku pemilik Pearl Avenue tetapi rumah aku disekitar Pearl Avenue menerima tempias kenaikan harga.

5. Jika dulu rumah aku di Taman Sepakat Indah dibeli dengan harga RM120k pada akhir tahun 2010, kini apabila Pearl Avenue siap harga telah meningkat kepada sekitar RM180K-RM200K (anggaran berdasarkan asking price). Kadar sewa juga turut meningkat.

6. Apabila aku melihat iklan jual/sewa unit di Pearl Avenue di mudah.com.my, terdapat sebanyak 768 unit (anggaran termasuk retail lot, duplikasi, etc) untuk dijual/disewa (majoriti untuk dijual). Harga jualan adalah sekitar RM350K.

Iklan Pearl Avenue di Mudah.com.my

7. Dengan harga sekitar RM350K – andaian mendapat 90% pembiayaan, selama 30 tahun dan interest rate 4.5% akan menghasilkan monthly repayment sebanyak lebih kurang RM1,500. Manakala kadar rental di Pearl Avenue adalah sekitar RM1,300 (tidak termasuk maintenance fee).

8. Ini menjadikan Pearl Avenue tidak attractive untuk para pelabur (tidak hairanlah terdapat lebih kurang 768 unit masih berada di mudah.com.my sedang mencari Owner yang baru). Kesemua unit ini adalah hakmilik pelabur hartanah dalam kategori Flipper.

9. Tidak dinafikan Kajang mempunyai potensi yang besar pada masa akan datang (dengan kehadiran MRT dan sebagainya), tetapi tidak dapat dipastikan bahawa kadar sewa akan melebihi kadar monthly repayment. Mengikut perkiraan dan pengalaman aku ia agak mustahil.

10. Untuk menjadikan Pearl Avenue attractive untuk para pelabur, harga jualan maksima adalah sekitar RM250K sahaja. Ada yang nak jual harga RM250K? Sila hubungi tuan blog ini…;)

p.s. : sekadar memberikan perspective yang jarang2 orang bincangkan, betul atau salah adalah berdasarkan analisis dan matlamat pelaburan masing2. Wallahu’alam.

9 thoughts on “Kajang Pak Malau

  1. noreply@blogger.com'alie

    salam bro, aku pon dah survey market kat kajang especially area taman sepakat indah lama dah. rental market getting tough since pearl avenue siap. owner2 apt kat taman sepakat indah 2 (sri lavender and sri ixora) aku rasa susah nak compete sewa ngan pearl avenue sbb facilities yg pearl avenue offer such as swimming pool and 2 car parks. hopefully biler mrt siap by 2017, bole kasi boost sket market price kat area situ.

    Reply
  2. noreply@blogger.com'Pelangi_2

    Salam Tuan, bagaimana dengan Semenyih? apa pandangan Tuan? Saya sekarang berkira2 hendak membeli hartanah di Semenyih….

    Reply
  3. noreply@blogger.com'W A Rahman W Mamat

    @pelangi 2 : fyi sy xde rumah kat area semenyih… dulu pernah survey landed property kat sana… pelangi semenyih 2, harga pun dah boleh tahan. Kena tgk tujuan nak beli, kalau for investment kena buat kira2 sikit… kalau own stay landed sy rasa ok.

    Reply
  4. noreply@blogger.com'Pelangi_2

    Salam Tuan, saya tak pandai dalam buat kira2 ni sebab saya masih baru terbuka minda pasal investment dalam property ni … saya dah ada rumah for own stay tapi for 2nd loan ni bercita2 nak jadikan investment. Dekat semenyih dah ada SP Setia projek, so cadang nak beli kat Tasik Kesuma… Dari pembacaan macam akan boom…. Boleh tuan bagi pendapat dan nasihat pada saya… Terima kasih banyak2…

    Reply
  5. noreply@blogger.com'W A Rahman W Mamat

    @ pelangi 2 : tuan boleh buat simple calculation, kalau nak beli rumah subsale kena make sure sewa > installment. Kalau tuan nak beli rumah under construction dengan tujuan nak flip (jual setelah) siap sy recommend landed property if kat area semenyih. Kalau beli rumah subsale nak flip sy x syorkan sebab ia akan ambil masa untuk harga naik (ok kalau sewa>installment).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge