dsr

Performance Review dan Belajar Hartanah


Performance Review

Setelah 4 tahun menceburi bidang pelaburan hartanah kecil-kecilan, tibalah masanya untuk aku membuat performance review. Ini adalah untuk menilai pencapaian aku selama ini sebelum aku melangkah lebih jauh.
Matlamat atau cita2 atau impian aku adalah seperti berikut:
“Memiliki 15-20 buah rumah dalam masa 5 tahun”- Setiap unit rumah dengan purata harga RM100K bermula pada tahun 2009.

Sekarang dah 4 tahun, mari kita tengok sama ada matlamat aku ini tercapai atau tidak.
Dari segi bilangan rumah – belum tercapai. Kerana setakat ini hanya mampu memiliki 10 buah rumah, walaubagaimanapun masih berbaki 1 tahun.
 
    Tetapi jika dilihat dari segi value pulak, matlamat aku tidak jauh tersasar, mungkin dalam masa terdekat atau awal tahun depan ia akan tercapai. Ini kerana prinsip aku dalam pelaburan hartanah ialah tidak akan membeli rumah kos rendah. So fokus aku adalah medium cost dan ke atas.
Sekarang fokus aku tidak lagi kepada kuantiti rumah tetapi lebih kepada value rumah2 tersebut. 
Belajar Hartanah – Bersedia untuk Fasa ke-2
Untuk melangkah lebih jauh, aku perlu melengkapkan diri dengan ilmu pelaburan hartanah yang lebih advance. Oleh sebab itu aku dengan rela hati melaburkan sedikit duit untuk menambahkan ilmu – untuk diri aku sendiri.

Bab Tax agak memeningkan kepala, sekali baca masih tidak faham.
P.S. :
1. Fasa 1 kisah pelaburan hartanah aku dah hampir selesai, InsyaAllah akhir tahun ini atau awal tahun depan matlamat Fasa 1 aku akan tercapai.
2. Tiada niat sedikit pun untuk menunjuk2 kerana blog aku ini merupakan jurnal kisah pelaburan aku, pemberi semangat untuk aku terus fokus kepada matlamat aku. Jika blog ini tiada, belum tentu aku boleh capai apa yang aku ada sekarang.

5 thoughts on “Performance Review dan Belajar Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge