tenancy-agreement

Take Over

1. Bermula bulan Jun 2013 lepas, aku telah take over rumah terakhir yang diuruskan oleh agent aku. So sekarang ini aku menguruskan sendiri rumah2 sewa aku.
2. Walaubagaimanapun take over ini berlaku tidak berapa lancar. Aku mewarisi tenant yang agak bermasalah. Sekarang walaupun tenancy agreement telah tamat tempoh tetapi tenant masih berada dirumah tersebut. 
3. Notis telah diberikan oleh ejen aku sebelum ini, malah aku telah pun personally bersemuka dengan tenant ini. InsyaAllah bulan ini adalah bulan terakhir tenant tersebut berumahtangga disitu, selepas ini tindakan yang sewajarnya akan dilakukan.
4. Manage rumah sendiri barulah dapat merasa kepuasan, susah senang kita yang tanggung sendiri. Alhamdulillah rumah2 yang lain mendapat tenant yang superb… setakat inilah. Semoga berkekalan.
5. Unit aku di Puchong juga akan tamat tenancy agreement pada akhir bulan September 2013, notis telah diberikan untuk naikkan sewa sebanyak RM50 (walaupun harga minyak naik 20 sen sahaja).
6. Tenant aku di Puchong ini memang dikategorikan sebagai tenant dari syurga. Rekod bayaran sewa setakat ini adalah antara 30hb – 3hb setiap bulan. Tarikh akhir adalah 7hb setiap bulan. Oleh sebab itulah harga sewa yang aku berikan adalah masih dibawah kadar pasaran semasa. Ini adalah salah satu cara aku menghargai good tenant.
7. Rumah di Kajang juga telah selamat disewakan dengan kadar paling cepat dalam sejarah aku menguruskan rumah sewa. Iklan sewa di mudah.my terpaksa didelete kurang dari tempoh 24 jam.
Tenancy Agreement Rumah Di Kajang.
8. Unit di Kajang ini juga mencatatkan tempoh pembelian yang paling singkat dan mendapat vacant possession pada hari aku sign SPA. Untuk rekod, aku beli rumah ini secara cash, alaa rumah murah ajer. 
9. Sekarang aku fokuskan untuk bantu adik2 aku untuk mulakan pelaburan dalam hartanah. Tak ada niat lain, hanya nak bantu adik2 keluar dari rat race. Memang ada yang skeptikal tapi tu biasalah. Adik2 aku tak perlu risau, dorang bermula dengan adanya aku… anything happen for sure aku jadi back up. Lainlah aku dulu, susah payah aku yang tanggung sendiri.
10. Projek baru juga sudah dalam perjalanan, merangka untuk pergi lebih jauh. Kalau aku tak bermula sekarang, bila lagi aku akan bermula kan…;) soon aku akan umumkan projek terbaru ini.
p/s : 
1. Melabur dalam hartanah ni lambat boleh kaya (jika definisi kaya dorang ada duit cash berjuta, pandu kereta mewah etc). Tapi bagi aku tak ada masalah sebab aku memang anak orang miskin dan akan kekal begitu. 
2. Lainlah anak2 aku yang akan bergelar jutawan walaupun belum tamat belajar universiti lagi. InsyaAllah.

6 thoughts on “Take Over

  1. noreply@blogger.com'RICH

    Hasrat nak beli rumah untuk di sewakan tu memang ada,banykak rumah yang aku dah survey tapi nampaknya modal belum ada lagi,insyaallah one day

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge