Plan-A

back up plan b dan plan c

Terdapat 3 elemen utama dalam financial planning (perancangan kewangan), iaitu:

1. Saving (Simpanan)
2. Investment (Pelaburan)
3. Protection (Perlindungan)

Setiap orang akan bermula dengan saving (simpanan), apabila simpanan sudah mencukupi atau mencapai target yang dikehendaki barulah boleh bermula dengan investment (pelaburan). Kemudian apabila kita telah melibatkan diri dengan sesuatu pelaburan, perlindungan untuk pelaburan kita itu adalah sesuatu yang wajib.
Sebagai contoh, jika kita membeli rumah sudah semestinya ia perlu dilindungi oleh insurans/takaful (MRTA/MRTT). Bagi pelaburan rumah tiada masalah kerana pihak pemberi pinjaman mewajibkan kita mendapatkan insurans/takaful.
Tapi bagaimana dengan pelaburan2 yang lain? Anda buat personal loan, kemudian laburkan duit tersebut (beli tanah dan sebagainya), adakah anda dilindungi? Begitu juga dengan pembelian kereta mahal anda, ia juga perlu dilindungi? Sudah tentu kita tidak mahu meninggalkan hutang kepada keluarga kita apabila kita sudah tiada bukan?
Ok, disini saya ingin berkongsi tentang perlindungan untuk Plan B dan Plan C saya. Tetapi sebelum itu apa itu Plan B dan Plan C tersebut?
Plan A : Kerja sampai pencen dengan syarikat sekarang.
Plan B : Berhenti kerja, jadi pelabur separuh masa + jalankan perniagaan
Plan C : Berhenti kerja dengan syarikat sekarang, mencari peluang dan pengalaman baru  di dalam/luar negara .
Dibawah Plan A saya, Alhamduillah saya dan keluarga dilindungi oleh pihak syarikat – medical + life insurance. Segala manfaat ini akan hilang sekiranya saya berhenti atau diberhentikan oleh pihak syarikat.
Perlindungan untuk Plan A
So, Jika saya ada Plan B dan Plan C sudah semestinya saya perlukan perlindungan untuk kedua2 plan ini – sama atau lebih perlindungan berbanding dengan Plan A. 
Alhamdulillah bermula pada bulan November 2013, saya telah mempunyai perlindungan untuk kedua2 plan ini.
Perlindungan untuk Plan B dan Plan C
Rumah2 saya juga semuanya dilindungi takaful, kereta juga ada yang sudah dilindungi takaful dan Alhamdulillah buat masa ini saya tiada bad loan (hutang jahat). 
Rasa2nya saya sudah selesai. I’m done!

p/s : Next, lambaian Kaabah…;)

2 thoughts on “back up plan b dan plan c

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge