rumah baru homestay baru

Agak lama juga aku tak menulis disini. Bukannya malas, malah banyak perkara yang aku nak ceritakan, tak tulis sesuatu di blog seolah2 tiada progress dalam hidup aku. Talian streamyx dirumah baru aku baru saja dipasang (setelah hampir 2 bulan permohonan dilakukan), kat office memang takde access ke blogspot. Itulah sebab utama.
Ok cerita pertama di tahun baru 2014.
15 October 2013 aku terpaksa pindah ke rumah baru dengan agak tergesa2 walaupun rumah ini masih belum siap sepenuhnya dari segi perabot, langsir, TV dan sebagainya. Ini kerana rumah lama aku dah ada orang tempah untuk sewaan sehingga akhir tahun 2014. Ya, homestay aku telah disewa selama setahun lebih… Alhamdulillah.
Untuk rekod, homestay aku yang beralamat di Paka, Terengganu menawarkan pakej berikut:
– Semi-D dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
– Fully furnished
– Kemudahan ASTRO (pakej movie dan sukan)
– Kemudahan WIFI
Housekeeping sekali seminggu
Dengan harga berpatutan iaitu RM200/hari dan RM3,000/bulan.
Bisnes kereta sewa aku juga berjalan dengan lancar, kini dalam tempoh sewaan selama 2 bulan oleh seorang expatriate yang bekerja sekitar Kertih. Rate kereta sewa aku juga adalah yang termurah dipasaran seperti berikut:
– Myvi 1.5 Extreme (A)
– RM130/hari
– RM660/minggu
– RM1,300/bulan
Kadar sewa tersebut (homestay & kereta) masih boleh dirunding berdasarkan profil bakal pelanggan.

 

Rumah masih kosong, langsir pun baru beberapa hari siap dipasang.
Kedua-dua bisnes ini diuruskan oleh WR Property Management. Untuk tempahan kereta atau homestay bolehla hubungi nombor dibawah:
WaN : 013.986.1707
NaNa : 013.908.1707
 
Alhamdulillah selesai bab rumah baru, tahun 2014 bakal menyaksikan aku akan aktif kembali dalam pelaburan hartanah – tahun 2013 aku hanya mampu beli 2 unit sahaja.
 
p/s : bukanlah bisnes sangat pun tapi sekadar memanfaatkan peluang yang terhidang, tapi InsyaAllah akan menjadi real business pada masa akan datang tiada siapa yang tahu. Wallahu’allam.

3 thoughts on “rumah baru homestay baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge