Kalah Tapi Menang

Walaupun aku mula beli rumah lelong pada tahun 2009, tapi secara jujurnya aku tak pernah masuk dewan lelong. Semuanya dilakukan dari jarak jauh iaitu menggunakan khidmat ejen lelong. Bermula dengan survey rumah, masuk lelong dan uruskan rumah selepas itu semuanya dilakukan oleh ejen lelong.

Baru-baru ini aku cuba melakukan semua itu sendiri, bermula dengan survey (kebetulan unit yang aku nak bid adalah dikawasan target belian subsale) termasuk menyemak maintenance fee yang tertunggak. Bank draft aku sediakan sehari lebih awal melalui CIMB.

pengalaman pertama di dewan lelong.

pengalaman pertama di dewan lelong.

Lelongan kali ini adalah dibawah Heritage Auction House. Ini merupakan day trip aku ke Kuala Lumpur, bermula seawal pukul 6 pagi. Auction akan bermula pada pukul 11.00 pagi, jadi just nice aku bertolak selepas subuh. Niat aku untuk bid unit tersebut (sebuah service apartment di Kinrara) sehingga ke harga yang telah aku tetapkan. Tiada deal, tiada kawtim sebelum lelongan – kerana bagi aku ia termasuk dalam kategori rasuah.

Harga Reserve Price (RP) adalah RM109,500 dan aku target harga maksimum aku adalah RM150k. Market Value (MV) adalah sekitar RM190k. Walaubagaimanapun aku tewas dalam lelongan tersebut pada harga terakhir RM165k, bid terakhir aku adalah RM163k (RM13K terlebih daripada bajet asal).

Walaupun kalah, tapi aku rasa macam menang sebab aku boleh dapatkan unit lain melalui subsale dengan harga RM173k dan boleh mark-up harga dan keadaan dalam rumah adalah baik juga dengan view yang menarik. Sekarang hanya tunggu keputusan permohonan pinjaman aku, maybe dalam minggu depan. Harap-harap dapat jawapan yang positif.

2 thoughts on “kalah tapi menang

  1. wandomme Post author

    Salam Jamal,

    Senarai agent yang pernah saya bekerjasama:

    1. Faridz Aswadi
    2. Tuan Bri
    3. Farhan
    4. Izwan latiff

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge