Project Management Professional (PMP)

Semua ni bermula secara tidak sengaja. Hanya kerana ‘teguran’ dari seorang sahabat, kalau tidak dah malas aku nak ambil semua ni. Dulu pun ada niat nak ambil MBA, tapi niat tinggal niat buat masa ni.

Aku dah lama terlibat dalam pengurusan projek atau project management, lebih kurang 14 tahun pengalaman dalam bidang ini. Sebelum ni hanya terlibat dalam projek kecil-kecilan (paling tinggi pun dalam RM40 juta) dan juga projek domestik. Tapi bermula akhir tahun 2009, aku diberi peluang untuk terlibat dalam projek mega (RM500 juta) dan bersifat ‘international’ dimana kontraktor yang dilantik adalah international contractor.

Dari sinilah bermula ‘keperluan’ untuk aku mendapatkan akreditasi dari Project Management Institute (PMI) ini. Berbekalkan pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang pengurusan projek, sememangnya aku dah layak dari segi pengalaman yang diperlukan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menghadiri kelas persediaan (wajib) dan seterusnya menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan. Untuk rekod, aku terpaksa repeat peperiksaan ini kerana gagal pada percubaan pertama (over confident sebab pengalaman lebih 10 tahun… hehehe)

pmp pmiDalam Petronas, semua sijil2 seumpama ini tidak mempunyai nilai tambah secara langsung (dari segi gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya). Tujuan aku mendapatkan PMP ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap diri sendiri dengan sedikit ilmu yang dimiliki dalam bidang ini. Ini kerana, secara realitinya ramai orang akan bercakap seperti expert dalam sesuatu cabang ilmu itu tetapi ilmu tidak seberapa. Lihatlah disekeliling kita, begitu ramai orang yang ‘pakar’.

Sekurang2nya sekarang aku adalah certified Project Management Professional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge