Syarat Untuk Bersara

Berikut adalah statistik yang dikeluarkan oleh pihak KWSP baru-baru ini:

  • 69% ahli hanya mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 ke bawah.
  • Dalam 69% tersebut, 54% ahli mempunyai simpanan sebanyak RM20,000 ke bawah.
  • 31% ahli KWSP yang masih bekerja pada umur 54 tahun.

simpanan kwspWalaubagaimanapun statistik tersebut tidaklah mengejutkan kerana berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah rakyat malaysia (purata) pada tahun 2009 adalah RM4,025 sahaja.

Jika berdasarkan purata pendapatan sebanyak RM4,025 ini, secara purata simpanan rakyat Malaysia didalam KWSP adalah sebanyak RM347,760 berdasarkan kiraan berikut:

RM4,025 x 24% x 12 bulan x 30 tahun = RM347,760

Persoalannya, adakah RM347,760 ini mencukupi untuk hidup selama 20 tahun selepas tarikh persaraan? Jangka hayat penduduk Malaysia adalah 75 tahun. Bagaimana pula bagi mereka yang mempunyai simpanan sebanyak RM50,000 atau RM20,000 sahaja?

Berikut pula adalah syarat-syarat persaraan untuk saya:

  • Simpanan KWSP (Akaun 1 sahaja) berjumlah RM1,000,000
  • Simpanan tunai selain KWSP berjumlah RM1,000,000
  • Property yang bernilai RM1,500,000
  • Pendapatan pasif sebanyak RM10,000 sebulan

Walaupun nampak macam sukar tapi ia tidak mustahil untuk mencapainya dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan. Sementara itu kena kerja lah rajin-rajin…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge