Kenali Buyer’s Market

1. Apa itu Buyer’s Market? Suatu keadaan ekonomi dimana pengeluaran (supply) melebihi permintaan (demand) dimana pembeli (buyer) mempunyai kelebihan dalam perundingan (negotiation) dengan penjual (seller).

2. Dalam bahasa yang lebih mudah, pembeli (buyer) boleh mendapatkan barangan (property) dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran (harga ketika Seller’s Market).

3. Berikut adalah ciri-ciri Buyer’s Market (mengikut pengalaman dan pemerhatian penulis):

a. Tawaran diskaun ‘gila-gila’ diberikan oleh developer, ada yang setinggi 30%. Menggunakan strategi menaikkan harga dahulu dan kemudian menurunkan harga (melalui diskaun) untuk menarik minat Buyer.

buyer market 6

b. Tawaran rebat ‘gila-gila’ diberikan oleh developer, ada yang setinggi RM100K. Bayangkan beli rumah dapat cashback sebanyak RM100K.

buyer market 5

c. Tawaran ‘0 down payment‘ atau ‘RM2K down payment‘ menjadi senjata marketing.

(a), (b) dan (c) adalah perkara yang sama tapi menggunakan keyword yang berlainan.

d. Keyword ‘berdekatan LRT’ sudah mula mendapat tempat ke-2, manakala keyword ‘below market value‘ menjadi tarikan baru untuk pasaran sub-sale.

e. Developer/Agent mula buat marketing secara ‘gila-gila’, bayangkan Kertih sebuah bandar kecil kini menjadi tumpuan Developer/Agent besar hampir setiap minggu. Biasanya Buyer akan beratur/bersusun setiap kali pelancaran projek baru dan biasanya habis sebelum hari pelancaran.

f. Semakin susah menjual property (pada harga market value) dan mengambil masa yang lebih lama untuk menjual. Ini berdasarkan pengalaman saya menjual 2 unit property sebelum ini, rata-rata Buyer mahukan harga below market.

Nota : Saya tiada statistik tempoh masa yang diambil untuk menjual property.

4. Adalah penting untuk kita mengenali sesuatu keadaan pasaran, dimana ia akan membantu kita membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu pelaburan.

P/S : Apa nak buat ketika buyer’s market?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge