Paksa Beli Rumah

Adik-adik saya memang kena paksa untuk beli rumah, walaupun begitu mereka tak perlu keluarkan duit satu sen pun. Ini adalah salah satu cara saya untuk bantu keluarga saya.

beli rumah

Kenapa saya paksa beli rumah?

1. Kerana saya hanya ‘arif’ dalam pelaburan hartanah. Saya tidak pandai dalam pelaburan-pelaburan lain seperti pelaburan unit amanah, saham dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, diversify your investment – itu lebih penting. Unit Amanah, Tabung Haji, ASB or even direct investment dalam stock market.

2. Walaupun ia memerlukan capital yang agak tinggi (contoh 10% + 5% daripada rumah yang berharga RM300K = RM45K), tetapi bagi saya ia merupakan pelaburan yang paling ‘selamat’.

3. Pelaburan hartanah juga dilindungi oleh MRTA/MRTT, sekiranya kita meninggal dunia secara automatik rumah tersebut akan menjadi milik waris kita. Ia merupakan satu bentuk ‘perlindungan’ dan boleh diwarisi kepada ahli keluarga.

4. Pelaburan hartanah memiliki aset fizikal, bukan sekadar aset maya/digital/kertas. Boleh baca pendapat saya tentang duit digital vs. duit batu.

5. Sementara menunggu capital appreciation, aset fizikal tersebut boleh disewakan dan pendapatan sewa tersebut boleh digunakan untuk membayar pinjaman bank. Sewa juga boleh dianggap sebagai additional income (disertakan dengan tenancy agreement) dan boleh digunakan untuk support pinjaman seterusnya.

6. Capital Appreciation adalah berdasarkan harga rumah (RM300K) bukannya RM45K. Saya mensasarkan pulangan sebanyak 6-8% setahun keatas harga rumah (contoh RM18K – RM24K setahun untuk rumah berharga RM300K). Ataupun dalam kiraan yang lebih mudah, RM100K dalam masa 3-4 tahun.

Ini juga dipanggil leverage (10% – your money; 90%- bank’s money)

7. Jika tiada leverage, pulangan adalah berdasarkan modal yang kita ada iaitu RM45K (6% daripada 45k : RM2.7K setahun).

P.S. : Bukan semua orang boleh ‘dipaksa’.

6 thoughts on “Paksa Beli Rumah

  1. wandomme Post author

    InsyaAllah boleh, berkongsi pengalaman. Boleh tanya apa yang nak tahu, InsyaAllah kalau tahu saya boleh jawab.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge