Surirumah Beli Rumah

Rahsia bagaimana seorang surirumah mampu membeli rumah melalui pinjaman bank terbongkar!!

Berikut adalah 10 langkah mudah untuk memudahkan mendapat pinjaman bank:

1. Daftar perniagaan dengan SSM menggunakan nama sendiri sebagai pemilik tunggal (Enterprise) – WR Property Management (TR0118605-P)

wrproperty

2. Buka akaun syarikat (current account) dengan pihak bank.

bank wrproperty

3. Apply credit card dan regularly guna credit card dan bayar mengikut tempoh yang ditetapkan, ini untuk create credit profile dalam sistem bank.

credit card

4. Daftar syarikat dengan KWSP untuk mendaftar dan mencarum untuk pekerja (pemilik sendiri sebagai pekerja)

kwsp

5. Tetapkan matlamat untuk membeli rumah dengan harga yang tertentu untuk menentukan gaji yang akan dibayar nanti. Dalam kes ini, matlamat adalah untuk mendapatkan sebuah rumah yang berharga dibawah RM400K.

payslip

6. Bayar gaji pekerja (diri sendiri) dan caruman KWSP setiap bulan mengikut masa yang telah ditetapkan.

penyata kwsp

7. Sediakan juga employment letter bagi mengesahkan status pekerjaan. Walaubagaimanapun kebanyakan bank tidak perlukan dokumen ini (disebabkan enterprise), hanya Maybank yang minta.

employment letter

8. Selepas 6 bulan, memohon pinjaman perumahan dengan pihak bank – CIMB, Maybank, OCBC, UOB dan HSBC Amanah. Sertakan juga bukti savings yang ada sebagai support – Tabung Haji.

9. Alhamdulillah, pinjaman perumahan diluluskan oleh HSBC Amanah. Walaubagaimanapun margin pinjaman yang diberikan adalah sekadar 80%.

hsbc

10. Tammat.

P/S#1 : Pastikan perniagaan ada genuine, ada transaksi duit keluar masuk.

P/S#2 : Bayar cukai pendapatan/perniagaan apabila cukup tempoh. Permohonan pinjaman anda akan menjadi lebih strong sekiranya anda membayar cukai. Hampir kesemua bank perlukan dokumen cukai.

P/S#3 : Cara ini juga applicable untuk online seller, penjual pasar malam dan apa juga perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan. Ia sudah lama dipraktikkan bagi mereka yang tahu.

P/S#4 : Ini adalah kisah benar, bukan teori atau rekaan semata-mata.

One thought on “Surirumah Beli Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge