Throwback

#ThrowBack #PutTheRecordStraight

Apa yang anda lihat hari ini, adalah hasil daripada kerja 5-6 tahun lepas. Tiada apa yang saya cuba ‘show off’ atau apa2 yang seumpama dengannya. Saya telah menjadikan blog ini sebagai jurnal perjalanan hidup saya sebagai property investor secara kecil-kecilan.

Dulu di www.mylife-wakif.blogspot.com dan sekarang telah bertukar kepada www.wandomme.com

1. Saya mula terlibat dengan aktiviti pelaburan hartanah pada tahun 2009, dimana pada masa tersebut fokus saya adalah market lelong terutamamya medium cost apartment.

2. Walaubagaimanapun saya telah mula membeli rumah buat kali pertama pada tahun 2002 iaitu sebuah rumah semi D di Terengganu untuk kegunaan sendiri.

3. Saya sedar memang saya terlalu lambat bermula dalam bidang hartanah, bayangkan dari tahun 2002 (selepas 2 tahun kerja) sehinggalah tahun 2009 (7 tahun saya hilang begitu saja).

4. Bermula dari kesedaran tersebut saya memulakan perjalanan saya sebagai pelabur hartanah jarak jauh (secara kecil-kecilan) dengan mencoret apa yang saya buat di blog ini. Secara tidak langsung cara ini dapat memotivasikan saya dan saya dapat terus bergerak.

5. Ini adalah salah satu Azam yang saya buat hampir setiap tahun bermula tahun 2010 : http://www.wandomme.com/2010/01/azam-2010.html

Inilah Wakif & Wanis - My Inspiration at that time.

Inilah Wakif & Wanis – My Inspiration at that time.

6. Pada masa tersebut, saya menetapkan matlamat untuk memiliki 15-20 property dalam masa 5 tahun. Anggaran harga untuk setiap property (target) pada masa tersebut adalah RM100K (RM1.5 Mill – RM2.0 Mill sahaja).

7. Saya juga telah melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh tersebut, antaranya ejen yang tidak jujur (at least pada mata saya), penyewa yang culas dan juga owner rumah yang bertindak merosakkan rumah sebelum keluar (rumah lelong).

8. Walaupun 5-6 tahun telah berlalu, saya masih jauh ketinggalan dengan rakan2 pelabur/ejen yang juga merupakan kawan saya di Facebook. Ada diantara mereka yang telah acapkali keluar majalah dan televisyen, ada juga yang telah berjaya mengeluarkan buku sendiri, malah ada juga yang telah berjaya memiliki empayar perniagaan kereta sewa terbesar di Terengganu.

Merekalah secara tidak langsung yang membantu saya terus bergerak.

9. Daripada 5000 orang kawan di FB (sudah habis limit), mereka inilah (Investor/Ejen) yang mendominasi iaitu sekitar 50%, keluarga hanya <0.5% dan rakan sekerja <2%.

10. Alhamdulillah 99.8% kawan FB saya adalah orang-orang yang positif.

P/S : Kita adalah siapa kawan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge