Deco ke tak?

Alhamdulillah aku baru terima kunci untuk unit di Magna Ville Selayang pada akhir bulan January 2016 iaitu kira-kira 10 bulan selepas menandatangani SPA.

Sebenarnya aku tak kisah sangat walaupun agak lambat terima kunci, kerana bayaran installment kepada bank hanya akan bermula bila dah dapat kunci (full disbursement).

Tempoh menunggu bagi aku boleh dikatakan sebagai bonus kerana dalam tempoh ini biasanya property price akan appreciate. Aku mungkin hilang pendapatan sewa tetapi dengan keadaan sewa sekarang ini yang agak rendah, maka ia tidak mengapa.

Bila dah dapat kunci, pada mulanya ingat nak buat full decoration (akibat terpengaruh dengan trend) sebelum disewakan, malah dah serah kunci kat satu syarikat deco ni.

Source : Google

Source : Google

Tetapi disebabkan workload syarikat ini yang agak tinggi, mereka tak mampu siapkan rumah aku dalam tempoh yang dikehendaki (lebih kurang sebulan). Jadi, mereka tolak job ini dengan baik.

Kemudian, barulah aku buat kira-kira seperti dibawah:

Deco Scope:

Kitchen Cabinet, Wardrobe, Air-conditioner, Curtain, TV Cabinet, Bedroom Set, Fridge, Washing Machine, TV, Dining Set, Sofa, etc.

Deco Cost : RM20,000

Kadar Sewa (Basic) : RM1,100

Kadar Sewa (Fully Furnished) : RM1,600 (beza sebanyak RM500/bulan)

Payback Period : RM20,000/RM500 = 40 Bulan @ 3 tahun 3 bulan.

Jadi berbaloi atau tidak payback selepas 3 tahun?

Maka untuk rumah ini aku ambil keputusan untuk sewakan dalam keadaan basic (actually partly furnished – kitchen cabinet dan basic furnitures) sahaja.

p/s : Dengan itu aku ada extra RM15,000 (Tolak RM5,000 untuk kitchen cabinet, etc.) yang boleh dijadikan modal untuk beli property lagi.

2 thoughts on “Deco ke tak?

  1. wandomme Post author

    Aduss, takut pulak sebab tuan cakap macam tu… 😉

    Actually ni kali ke-2 sy beli magnaville, kali pertama beli lelong tahun 2011 harga 145K dan terus jual lepas siap tukar nama 205K.

    Personally sekarang ni Magnaville tempat yang menarik untuk own stay (dengan harga yang berpatutan).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge