5 langkah naikkan sewa rumah tanpa risiko kehilangan penyewa

1. Lakukan market survey untuk menentukan harga pasaran sewa untuk rumah anda (juga kawasan sekitarnya sekiranya perlu). Saya gunakan mudah.my sebagai tempat rujukan.

2. Dapatkan julat harga pasaran sewa (dalam kes ini, ia dalam lingkungan RM1,400 – RM1,800 sebulan bergantung kepada keadaan rumah). Jika kadar sewa semasa adalah dalam kategori minimum, peluang anda untuk naikkan kadar sewa adalah lebih tinggi.

3. Pastikan juga jumlah bilangan unit yang available untuk disewa di kawasan rumah tersebut (juga kawasan sekitar sekiranya perlu). Untuk rumah ini, hanya terdapat 10 iklan rumah untuk disewa ketika markey survey dibuat. Jika terdapat banyak unit yang available, maka peluang untuk berjaya agak tipis.

4. Setelah anda yakin boleh menaikkan kadar sewa (tanpa/minimum risiko yang tenant akan keluar), beri notis kenaikan sewa rumah dalam tempoh masa yang telah dipersetujui (seperti yang tercatat dalam Tenancy Agreement).

sri mahligai 2

5. Alhamdulillah berjaya naikkan kadar sewa dari RM1,400 kepada RM1,500 sebulan berkuatkuasa bulan May 2016.

sri mahligai 1

Secara ringkas, (1) Market Survey >> (2) Dapatkan Julat Kadar Harga Sewa >> (3) Dapatkan Jumlah Unit Available Untuk Sewa >> (4) Beri Notis Kepada Tenant >> (5) Naikkan Kadar Sewa Dengan Bergaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge