Rumah Kediaman (Own Stay) Vs. Rumah Pelaburan (Investment)

Impian aku untuk memiliki sebuah landed house di Lembah Kelang sebenarnya telah bermula agak lama, sekitar tahun 2011 kalau tak silap.

Ini kerana, aku telah membuat keputusan untuk settle down di Lembah Kelang. Kenapa nak settle down di Lembah Kelang? Aku akan cerita kemudian.

Sejak 4Q 2015, aku begitu aktif mencari landed house yang sesuai. Rumah yang dicari merupakan sebuah rumah yang sederhana – bukan banglow, bukan juga semi-detached, hanya sebuah rumah double storey.

Ini bertentangan dengan impian semasa kecil untuk memiliki sebuah banglow dengan tanah yang luas. Berdasarkan keperluan dan sebab-sebab tertentu, sebuah rumah double storey sudah mencukupi untuk keluarga aku.

Sepanjang tempoh lebih kurang 8 bulan, aku telah menganalisa (dan site visit) beberapa kawasan perumahan, antaranya:

Tropicana Heights, Kajang – Tropicana Corps

Setia Ecohill, Semenyih – SP Setia

Eco Majestic, Semenyih – EcoWorld

Bandar Puteri, Bangi – IOI

Serene Heights, Bangi – UEM

Elmina, Shah Alam – Sime Darby

Bandar Rimbayu – IJM

ecohill

Yang mana pada mulanya aku telah membuat keputusan untuk membeli rumah di Elmina Valley, Shah Alam. Malah aku telah menyertai sesi pengundian (ballot) kerana permintaan yang sangat tinggi untuk rumah di Elmina. Tetapi rezeki tidak menyebelahi aku dimana nombor aku tidak terpilih. Ada hikmah disebaliknya.

elmina

Sehinggalah pada tarikh 7 May 2016 secara kebetulan aku berada di Lembah Kelang dan secara tidak sengaja terbaca surat khabar (NST yang diberikan percuma oleh hotel) dimana terdapat iklan jualan rumah oleh Perbadanan Putrajaya (PJD). Pelancaran fasa terbaru di Precint 12, Putrajaya akan dilakukan pada hari tersebut. Dengan tidak membuang masa, aku terus ke Galeri Jualan mereka.

turnberry

Maka pada hari itu juga aku terus membayar wang deposit untuk belian landed house di Precint 12, Putrajaya. Maka secara rasmi berakhirnya pencarian aku selama ini.

Berikut adalah ciri-ciri rumah (kawasan perumahan) yang menjadi pilihan aku:

  1. Kawasan majoriti melayu/muslim – lebih banyak aktiviti bermasyarakat boleh dilakukan, berdasarkan pengalaman tinggal dikawasan ramai non-muslim.
  2. Berdekatan dengan Surau/Masjid – salah satu kriteria utama dalam pemilihan.
  3. Persekitaran yang aman dan tenang – suasana kampung di bandar.
  4. Berdekatan dengan segala kemudahan – IOI mall dan sebagainya.
  5. Jaringan Jalanraya/Lebuhraya dan juga pengangkutan awam yang baik.

Manakala jika membeli untuk tujuan pelaburan, kriteria 1 dan 2 mungkin tidak menjadi priority kerana mungkin sasarannya adalah untuk menjual kembali (dan kuasa membeli yang lebih besar adalah dari non-muslim – bagi rumah yang berharga sekitar RM1 Juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge