Mission 2016 and Beyond (Wawasan 2020) – Half Year Review

  1. Jual Apartment di Puchong – InsyaAllah seperti yang dirancang, apartment di Puchong ini akan dijual pada 3Q 2016. Untuk rekod, apartment ini dibeli pada tahun 2010 dengan harga RM100K, kini tahun 2016 harga adalah sekitar 270K-300K. Buat masa ini masih menanti effect LRT extension yang bakal beroperasi pada akhir June 2016. Bergantung kepada keadaan, penjualan unit ini juga mungkin boleh ditangguhkan sehingga Q1 2017.
  1. Beli 6 unit Apartment/Condominium – Setakat June 2016, aku hanya mampu membeli 1 unit apartment di Seri Kembangan. Kalau mengikut perancangan, aku perlu dapatkan 1 unit untuk setiap 2 bulan. Seharusnya aku sudah ada 3 unit sekarang ini.
  1. Beli Landed House – Alhamdulillah aku dah berjaya beli sebuah rumah double storey di Precint 12 (Turnberry), Putrajaya. COMPLETED
  1. Kurangkan Hire Purchase Loan – InsyaAllah tahun 2017 aku akan langsaikan hutang pinjaman sebuah kereta. Sebuah lagi akan dilangsaikan sebelum tahun 2020 dimana pada masa itu aku sudah debt free untuk Hire Purchase loan.
  1. Simpanan Tunai – InsyaAllah sasaran akan tercapai pada akhir tahun 2016.
  1. Simpanan KWSP – InsyaAllah sasaran akan tercapai pada akhir tahun 2016.

P/S : Alhamdulillah bila dah ada roadmap, semuanya semakin jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge