Kisah 2X Rumah : Bab 1 Rumah#1 (Part 2)

(Bersambung dari Part 1)

Homestay

Masa aku beli rumah ini, aku sudah tahu yang lambat laun, aku akan berpindah ke rumah yang lain pada masa hadapan. Mungkin disebabkan pertukaran tempat kerja ataupun sekadar untuk upgrading selari dengan pertambahan ahli keluarga. Maka selepas 10 tahun (iaitu pada tahun 2012), tibalah masa untuk aku upgrade rumah yang aku duduki kepada rumah baru yang lebih besar. Ia merupakan sebuah rumah banglo yang juga terletak di Paka.

Persoalan timbul, apa aku nak buat dengan rumah ini, dijual atau disewakan? Disebabkan rumah ini dalam keadaan fully furnished, (walaupun dengan perabot yang berusia 10 tahun), aku membuat keputusan untuk menjadikan rumah ini sebagai homestay.

homestay

Menceburi bidang homestay

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman menguruskan rumah sewa sebelum ini, agak mudah untuk aku menguruskan rumah ini. Alhamdulillah mungkin sudah rezeki aku, rumah tersebut telah berjaya disewakan dengan harga pakej RM3,000/bulan selama hampir setahun setengah sebaik sahaja aku keluar dari rumah tersebut.

Pakej yang ditawarkan adalah termasuk housekeeping, kemudahan WIFI dan juga ASTRO. Bil eletrik dan air juga termasuk didalam pakej tersebut.

Rezeki Datang Bergolek

Sesungguhnya kita memang tidak dapat meramal masa depan. Setelah 13 tahun berlalu barulah nampak hasil keputusan aku membeli rumah pada tahun 2002. Jika aku terus menyewa, mustahil aku akan mempunyai duit simpanan sebanyak ini.

Bagi aku, ia adalah rezeki yang datang bergolek, tidak pernah terfikir ketika membeli rumah ini pada tahun 2002 yang aku bakal dapat duit sebanyak ini.

Cuba lihat perbandingan dibawah:

Sewa Rumah

Beli Rumah

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sama iaitu:

RM800 x 12 bulan x 13 tahun = RM124,800

Manakala jumlah wang yang terkumpul selepas 13 tahun:

RM0.00

RM138,145.00

(RM240,000 – RM101,855)

Secara tidak sedar, aku telah menghabiskan duit sebanyak RM124,800 sebagai bayaran rumah sewa/bayaran bank dalam tempoh 13 tahun. Tetapi untuk mendapat pulangan sebanyak RM138,145 (lebih tinggi jika ditolak baki pinjaman semasa) dalam tempoh yang sama juga adalah sesuatu yang diluar jangkaan pada masa tersebut.

 

 idea

Jadikan rumah antara perkara yang paling utama perlu dibeli sebaik sahaja mendapatkan pekerjaan. Tidak dinafikan, kereta juga suatu keperluan tetapi biarlah bersesuaian dengan kemampuan semasa.

 Mulakan langkah pertama ANDA hari ini juga (semestinya selepas anda membuat sedikit analisis).

One thought on “Kisah 2X Rumah : Bab 1 Rumah#1 (Part 2)

  1. Pingback: Kisah 2X Rumah : Bab 1 Rumah#1 (Part 1) | The Other Side Of Me!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge