Kisah 2X Rumah : Bab 2 Rumah#2

Bab 2: Rumah#2

Mediterranean Apartment, Shah Alam (February, 2009)

 Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.

(Imam asSyafie)


Sebelum tahun 2009, mungkin hijab aku untuk melihat peluang pelaburan dalam hartanah masih belum tersingkap. Jika telah tersingkap, mungkin aku akan cari jalan bagaimana untuk mendapatkan modal untuk beli hartanah seterusnya walaupun pada masa itu aku melalui zaman gelap. Walaubagaimanapun mungkin atau kalau adalah perkataan yang tidak memberi makna apa-apa pun.

Apa yang membawa aku ke dunia pelaburan hartanah adalah hasil daripada ledakan internet sekitar tahun 2007, 2008 dan 2009. Dimana pada masa tersebut aku membeli sebuah notebook dan juga Celcom Mobile Office Card 3G sebagai modem yang pada masa itu saiznya adalah sebesar tapak tangan. Tujuan utama pada masa itu adalah untuk terlibat dalam pelbagai pelaburan di internet.

Pelaburan Internet dan MLM

Aku juga tidak terlepas untuk terjebak dengan pelbagai jenis pelaburan internet seperti High Yield Investment Program (HYIP) dan juga MLM (program yang berselindung disebalik lesen AJL). Program HYIP pula biasanya berselindung disebalik pelaburan FOREX yang dikatakan mampu memberi pulangan yang tinggi.

Pelaburan seumpama ini biasanya menggunakan e-currency (e-gold dan Liberty Reserve) dalam urusan mereka. Kedua-dua e-currency ini yang popular ketika itu sudah pun berkubur kerana kesalahan money laundering. Mungkin disebabkan inilah aku tidak percaya dengan ‘pelaburan’ Bitcoin.

Antara skim pelaburan yang terkenal pada masa itu adalah Swisscash dan ABB Fund. Selain daripada itu terdapat banyak lagi skim dengan pelbagai nama yang muncul pada masa tersebut.

Selain daripada skim pelaburan internet, aku juga terlibat dengan pelbagai syarikat Multi Level Marketing (MLM). Bermula dengan Amway, CNI, Revell, Biospray (Money game yang berselindung disebalik AJL) sehinggalah yang terkahir pada tahun 2010 iaitu Kenshido (Score A).

Akhirnya aku sedari bahawa MLM bukan untuk aku tetapi dengan MLM aku dapat belajar satu perkara penting iaitu konsep financial freedom. Sehingga hari ini aku masih pegang konsep ini, bukan sahaja financial freedom tetapi juga time freedom.

Aku juga pernah satu ketika bergiat aktif dalam FOREX, kali ini bukan melalui HYIP tetapi aku belajar trade sendiri. Tetapi akhirnya tidak kemana, ternyata FOREX juga bukan untuk aku malah lebih banyak menyusahkan aku. Ini kerana Forex Market hanya aktif pada waktu malam (bila market US dibuka), ini menyebabkan kehidupan malam aku menjadi berterabur.

Tambahan pula terdapat banyak pendapat yang mengatakan pelaburan Forex ini haram, antaranya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaupun ada juga pendapat yang mengharuskannya, tapi bagi aku tinggalkan itu adalah lebih baik.

Aku Seorang Blogger

Pada tahun 2008, aku mula berjinak-jinak dalam dunia blog secara suka-suka hingga lahirnya blog aku sendiri iaitu http://www.mylife-wakif.blogspot.com. Nama wakif digunakan sempena nama anak lelaki aku yang lahir pada tahun 2007 iaitu Wan Akif Amsyar.

Bermula dengan cerita-cerita keluarga akhirnya secara tidak langsung ia menjadi jurnal pelaburan hartanah aku. Setiap aktiviti pelaburan hartanah direkodkan, setiap azam dan target juga aku rekodkan disini. Ia memberikan semangat untuk aku terus mencapai target dalam pelaburan hartanah.

Pada tahun 2014, blog aku ini telah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa iaitu di http://www.wandomme.com.


azam-2010

Azam 2010 untuk memiliki 15-20 buah rumah dalam masa 5 tahun


Rumah Lelong

Melalui blog dan juga online forum pada masa itu aku mula meneroka bidang hartanah. Antara blog terawal yang menceritakan perihal hartanah pada ketika itu adalah:

  1. http://www.faridzaswadi.blogspot.com
  2. http://www.tuanbri.com
  3. http://www.pie2020.com
  4. http://www.abangensem.com

Secara tidak langsung mereka-mereka ini adalah antara Sifu aku yang terawal walaupun ada yang aku tidak pernah bersua muka di alam nyata. Walaupun sedikit sebanyak aku dah nampak peluang pelaburan hartanah ini, tetapi disebabkan aku berada jauh di Terengganu, hasrat tersebut terpaksa dipendam. Sehinggalah pada tahun 2008, Sdr Faridz (http://www.faridzaswadi.blogspot.com) mula menawarkan khidmat untuk pembelian rumah lelong.

Beliau menawarkan pakej penuh (A-Z):

  1. Mencari listing rumah lelong
  2. Melakukan site visit dan keluarkan report
  3. Masuk bid mewakili pembeli
  4. Membuka rumah dan membaiki kerosakan sekiranya ada
  5. Mencari dan menguruskan penyewa

Semuanya dilakukan oleh beliau, aku hanya perlu keluarkan modal dan membayar caj perkhidmatan yang disediakan. Ia amat berpatutan dan sangat ideal untuk aku yang berada jauh di Pantai Timur.

Maka, secara tidak rasmi kini aku bergelar Pelabur Jarak Jauh (PJJ). Aku membeli rumah ini tanpa aku melihat pun rumah tersebut. Malah duit deposit (5% atau 10%) aku transfer sahaja ke akaun beliau, orang yang tidak pernah aku kenal pada masa itu.


pos-signature2

Kontrak lelongan rumah yang dimenangi pada tahun 2009


Jenis Rumah: Medium Cost Apartment

Harga Beli: RM61,200

Harga Jual (2014): RM105,000

medi

Rumah lelong pertama di Shah Alam


Oleh kerana rumah ini dibeli dengan harga yang agak rendah pada masa itu, kadar sewa yang diperolehi adalah melebihi jumlah ansuran bulanan kepada pihak bank. Ia memberikan positive cashflow setiap bulan.

Kesilapan Semasa Menjual

Rumah ini sebenarnya telah mempunyai individual strata title. Tetapi aku belum menyempurnakan pindahan hakmilik daripada developer ke atas nama aku sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah ini.

Akibatnya, proses jual beli mengambil masa yang panjang iaitu lebih kurang 18 bulan. Bukan sahaja aku lambat mendapat duit hasil jualan tetapi aku juga terlepas peluang menikmati capital appreciation dalam tempoh tersebut. Sepatutnya aku menyempurnakan dahulu pindahan hakmilik sebelum menjual rumah tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, aku juga kehilangan tenant sebaik sahaja mereka  tahu yang rumah itu akan dijual. Sedangkan aku masih perlu membayar ansuran bank setiap bulan dalam tempoh masa tersebut. Tetapi nasib baiklah, aku berjaya memujuk pembeli untuk terus menduduki rumah tersebut beberapa bulan selepas menandatangani perjanjian jual beli.

Pembeli juga bersetuju membayar sewa kepada aku dengan harga diskaun 50% dari kadar sewa semasa sebagai balasan serahan kunci awal. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban aku.

idea

Kunci untuk untuk berjaya dalam pelaburan hartanah adalah dengan bermula seawal mungkin, lagi cepat anda bermula lagi cepat anda bakal menikmati hasilnya.

 Anda tidak perlu menjadi seperti aku dimana ‘terpaksa’ menunggu selama 7 tahun untuk bermula!

Baca juga:

Kisah 2X Rumah : Bab 1 Rumah#1 (Part 1)

Kisah 2X Rumah : Bab 1 Rumah#1 (Part 2)

Kisah 2X Rumah : Zaman Gelap (Dark Ages)

One thought on “Kisah 2X Rumah : Bab 2 Rumah#2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge