Bab 3: Rumah#3
Astaria Apartment, Ampang (May, 2009)
Jika kita mencari harta, ia tidak akan mendatangi kita, ia hanya akan mendatangi kita jika kita meninggalkannya.
(Imam Hambali)
Selepas 2 bulan pembelian rumah lelong yang pertama, aku terus mengorak langkah dengan membeli rumah ketiga. Kali ini aku juga menggunakan khidmat Sdr Faridz.
Seperti Mediterranean Apartment, rumah ini juga dibeli tanpa aku melihat keadaan fizikal rumah tersebut. Apatah lagi pada masa tersebut Lembah Kelang amatlah asing bagi aku, even kalau guna GPS pun sesat.
Aku bergantung penuh dengan site survey report dan recommendation yang diberikan oleh Sdr Faridz.
Property Report untuk Astaria Apartment
Maklumat yang aku boleh dapat di internet juga agak terhad. Google Map pada masa itu juga tidak sehebat seperti hari ini yang mempunyai fungsi street view dan sebagainya. Dengan maklumat yang terhad, aku terpaksa juga beranikan diri untuk membida rumah ini.
Alhamdulillah aku menang dengan harga Reserve Price (RP).
Jenis Rumah: Medium Cost Apartment
Harga Beli: RM85,293
Harga Jual (2014): RM126,000
Astaria Apartment, Ampang
Seperti sebelum ini, rumah ini diuruskan 100% oleh Sdr Faridz. Setiap bulan duit sewa akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank aku. Caj perkhidmatan yang aku kena bayar pada masa itu hanya 10% daripada harga sewa rumah.
Bagi aku ia amat berpatutan.
The Real Landlord
Oleh kerana minat yang mendalam dan ingin pergi lebih jauh dalam bidang ini, nak tak nak aku terpaksa mengotorkan tangan aku sendiri. Bermula pada tahun 2009 juga dengan secara rasminya aku telah mula menguruskan sendiri rumah-rumah sewa aku.
Ia termasuklah melakukan pembaikan dan penyengaraan, mencari penyewa dan menguruskan rumah sewa sepenuhnya. Semakin kerap aku berulang-alik ke Lembah Kelang. Sebenarnya ia tidaklah sesukar mana pun, sebagai contoh untuk melakukan pembaikan rumah, aku hanya perlu berurusan dengan pihak pengurusan bangunan. Ini kerana biasanya mereka telah ada kontraktor atau tukang baiki yang sudah biasa dengan mereka. Jadi kerja aku menjadi lebih mudah.
Melalui pengalaman itu juga aku belajar bagaimana membuat Tenancy Agreement (TA) dan juga stamping di pejabat LHDN. Aku juga mula kenal apa itu Quit Rent (Cukai Tanah – dibayar di Pejabat Tanah), Assessment Fee (Cukai Taksiran – dibayar di Majlis Perbandaran) dan sebagainya.
p/s : Jika ada pilihan cuba elakkan membeli rumah di tingkat paling atas untuk rumah jenis walk-up apartment. Ini kerana ia sukar untuk menarik minat penyewa atau pembeli.
![]() |
Cuba sedaya upaya untuk menguruskan sendiri rumah sewa anda, percayalah ia tidaklah sesukar mana pun. Pengalaman menguruskan rumah sewa membuatkan anda lebih yakin untuk pergi jauh dalam bidang ini. |