Kisah 2X Rumah : Dark Ages

Zaman Gelap (2003-2008)

Aku percaya setiap orang pernah mengalami zaman gelap masing-masing. Zaman gelap bagi aku bermula tahun 2003 sehingga 2008. Bayangkan rumah pertama dibeli pada tahun 2002 manakala rumah kedua pula dibeli pada tahun 2009. Jarak selama 7 tahun diantara kedua-dua rumah tersebut.

Apakah peristiwa yang berlaku dalam tempoh tersebut? Bebanan kewangan.

Pendapatan:

Perbelanjaan:

1.     Gaji bersih – RM2,500

1.  Rumah – RM800

2.  Kereta Perodua Kancil 660X – RM300

3.  Perbelanjaan keluarga di Kampung – RM500

4.  Personal Loan (baiki rumah di Kampung – RM200)

Jumlah: RM2,500

Jumlah: RM1,800

(baki RM700)

Dengan baki RM700 setiap bulan inilah yang digunakan untuk perbelanjaan lain seperti perbelanjaan dapur, makan dan minum, minyak kereta, servis kereta, pakaian dan sebagainya.

Pada masa yang sama, 7 orang adik-adik aku kesemuanya masih lagi sedang belajar, sama ada di Sekolah ataupun di Universiti. Ayah tidak bekerja manakala Ibu pula sekadar mengambil upah mewarnakan kain batik dengan upah harian sekitar RM10 – RM20.

Dalam tempoh ini, aku mempunyai ZERO savings malah setiap tahun, duit raya anak menjadi mangsa untuk mencukupkan perbelanjaan harian. Buktinya wang simpanan anak sulong (anis – 13 tahun) dan anak ke-2 (akif – 9 tahun) adalah sama banyak walaupun jarak umur mereka 4 tahun.

Bermula dari sinilah aku mula terjebak dengan pelbagai MLM dan pelaburan internet (akan diceritakan dalam bab seterusnya) bagi mendapatkan duit tambahan.

Dari sini juga aku kenal konsep Financial Freedom.

Dari sini juga perjalanan aku kearah Financial Freedom bermula dan dicoretkan di blog http://www.wandomme.com (dahulunya berpangkalan di blogspot http://www.mylife-wakif.blogspot.com)

 blog-header

Blog yang menjadi nadi perubahan hidup aku.

Sesungguhya ia bukanlah ZAMAN GELAP seperti yang aku sangkakan, tetapi sebaliknya ia adalah ZAMAN PERSEDIAAN untuk aku melangkah lebih jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge