Category Archives: Family Matters

tinggal satu masalah | wakif’s blog

Hari ni hari ke-4 kita berpuasa… Alhamdulillah masih dapat melakukan ibadat puasa dengan sempurna walaupun pada permulaannya agak tidak memberangsangkan. Sempat juga berbuka puasa dikampung pada hari pertama dan ke-2, seronok dapat berbuka dengan keluarga… biasanya balik kampung dapat menginsafkan diri aku…
Rebung… ready untuk dimasak…
Pasar Ramadhan Wakaf Bharu… rambang mata dibuatnya…
Suasana berbuka puasa di kampung…
Cerita pasal rumah pula, Alhamdulillah juga 2 hari sebelum puasa pegawai MBSB call bagitau loan aku dah approved… 80% seperti yang diberitahu sebelum ini. Dalam ertikata lain aku perlukan down payment 20% untuk rumah yang baru dimenangi baru2 ini.
Semalam juga ada jumpa officer CIMB Paka, ingat nak masuk rumah landed kat area sini, dah discuss dengan owner pasal nak mark-up harga tapi official valuation dari valuer CIMB ni tak capai target harga yang aku nak. Kalau aku nak proceed juga kena down payment dekat2 6 angka… fuhhh!! Mungkin aku hold dulu pasal ni sebab risk dia terlalu tinggi sebab pakai cash yang banyak.
Last time aku ada cerita pasal masalah rumah sewa lagi… masalah takde Tenancy Agreement… untuk makluman 2 rumah aku ini masih diuruskan oleh ejen. Pengurusan yang tidak cekap sama sekali, ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya…;) Lepas di push2 beberapa kali akhirnya aku dapat juga TA untuk unit di Shah Alam… btw aku dah berbincang dengan ejen tersebut untuk take over kedua2 rumah ini kira2 sebulan yang lalu. Mungkin beliau sibuk dengan kerja2 underground kot sampai tak ada masa nak uruskan unit2 ini.

 

setelah sekian lama beroperasi tanpa agreement…

 

Sekarang tinggal satu lagi unit yang belum boleh aku take over sebab masalahnyer terlalu besar antara tenant dan ejen tersebut… full stop. Paling awal pun bulan 9 baru aku boleh take over rumah tu… tapi tak tahulah macam mana.
p/s : since rumah landed tu x jadi… maybe aku boleh usha2 satu lagi rumah kat area kl sebelum berakhirnya 2012.
abah

Bandung 2012 Day 02 | wakif’s blog

ready for day 2…
cuba kain pasang…
shopping di pasar baru…
akif keboringan…
beli kuih di pasar baru…
lunch time…
sambung shopping lagi… tempat ni not recommended…
tempat handbag tak ori… kalau nak yang ori pergi rumah tas…
tempat ni okla…
ni pun ok jugak…
akhiri dengan dinner…
tempat ni agak ekslusif… ramai artis makan kat sini…
setelah seharian jalan2… beginilah akhirnya…

#end of day 2

bandung

Bandung 2012 Day 01 | wakif’s blog

Salah satu Azam 2011 aku yang tak tertunai… bawa family holiday naik kapal terbang. Kemudian azam tersebut menjadi Azam 2012. Nak kata memang nak pergi Bandung masa cuti sekolah ni takdela pulak… sebab kebetulan masa ni aku tengah busy giler… tapi Alhamdulillah sempat juga kami satu family berkunjung ke Bandung.

Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Bandung hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bertolak dari LCCT jam 1545 dan tiba di Bandung jam 1745 (atau 1645 waktu Bandung).
excited nak naik kapal terbang…
sempat lagi bergambar, ada masa sebab aku ambil ‘hot seat’
abah & akif
ibu & anis
tiba di bandung kira2 2 jam kemudian…
bergambar di airport Bandara Hussein, Bandung…
sampai2 jer terus dinner… laparrr
ikan subang bakar… macam ikan talapia..
sup ikan subang…
bergambar sebelum makan…
lepas makan terus start shopping… destinasi pertama Fashion World…
kemudian ke rumah mode… must visit, highly recommended…
then, balik tidur di hotel marciella… sempat lagi akif bergambar…
Honeymoon??

#end of day 1, kena tidur awal sebab nak bangun subuh 4.30 pagi waktu Bandung.

angry-birds

wakif | wakif’s blog

wakif? nickname aku kat alam maya ni. Dulu guna nama wanis tapi ramai sangat lelaki yang nak berkenalan bila guna nama tu…;) that’s why lah sekarang guna nama wakif.

wakif ni nama anak aku yang no.2, hari ni 16/2 genaplah 5 tahun umur wakif… rasa macam cepat sangat masa berlalu. Wakif ni budak manja sebab dialah yang paling kecik kat rumah ni sekarang.

Tahun ni sambut birthday wakif kat sekolah, Smart Reader Kids Paka… bagi dia celebrate dengan kawan2 sekolah, barulah meriah sikit.

Cake Angry Birds

Goodies

wakif and friends

bff?

2 lagi tau!!

p/s : wakif nak adik 2 orang lagi?

wanis-fb

Janji tetap Janji | wakif’s blog

Hari tu wanis ada minta akaun facebook. Katanya ramai kawan2 sekolah dia dah ada akaun facebook. So, apa aku nak buat?

Kalau ikut aku memang tak nak bagi pun, zaman aku dulu mana ada benda2 gini… dapat tengok tv pun dah kira bagus. Pakai telefon pun bila dah kerja. <<– boleh ke buat gini? memang tak boleh kan… zaman kita lain, zaman diaorang lain. Ini kerana realiti zaman sekarang benda2 macam facebook ni memang tak boleh nak halang… cuma kena pandai kawal dan didik sahaja.

So, aku decide untuk bagi satu cabaran kat wanis sebelum boleh buka akaun facebook. Cabarannya senang jer iaitu wanis kena dapat at least nombor 1-3 dalam peperiksaan. Paling cepat pun aku rasa dalam peperiksaan pertengahan tahun baru boleh dapat kot, so aku ada la alasan tak nak bagi akaun facebook buat sementara waktu.

Tapi, magik tak magik… hanya dalam sekali exam jer dah boleh achieve cabaran aku tu. Hishh budak2 zaman sekarang ni. Wanis dapat n0.2 dalam exam baru2 ni. So aku takde apa2 alasan lagi nak sekat budak ni.

Hasilnya:

Bukan setakat facebook jer yang aku kena bagi kat budak ni. Ada lagi yang dia minta (of course sebab aku yang janji kan), guess what?
p/s : semoga wanis beroleh manfaat melalui facebook ni.
hari-bapa

selamat hari abah!

Selamat Hari Bapa!

Today (20/6) I got this. It’s cool!

 

Jika kita sayang ibubapa kita, sayang pasangan kita, sayang anak2 kita…. just show it. This is something that I want to be part of my family culture, something that I missed before.

Selamat Hari Bapa,We’
P.S. : Hope We’ can read this post…;)
DSC00389

one of my dream comes true

Minggu ni sungguh memenatkan, apa tidaknya most of the time duduk dalam kete jer…. bermula dengan hari Jumaat 21/11 kami sekeluarga seramai 4 buah kereta menuju ke Parit Raja, Batu Pahat dengan tujuan menghantar pengantin perempuan iaitu adik saya…:) tiba di Parit Raja dalam pukul 8.35 dan kita orang makan2 dulu then terus menuju ke rumah pengantin lelaki…. then kita orang tidur2 ayam kat rumah tumpangan… apa taknyer tidur2 ayam, 20 orang lebih dalam satu rumah yg kecik… hahahaha.

Pagi esoknyer kita menuju ke rumah Kak Ini di Tongkang Pecah sementara menunggu nasi masak di rumah pengantin… actually masjlis kenduri hari Ahad 23/11 dan kami datang awal sebab pada 23/11 tu kita kena hantar We ke airport untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah… lepas makan2 dirumah pengantin kita orang bertolak balik dalam pukul 2 petang…. rasa penat giler sebab tidur yg tak cukup…

Selamat tiba di Paka dalam pukul 8.30 malam, aku dan keluarga decide untuk tidur dulu kat rumah dan bertolak balik ke KB esok pagi…. tapi lagi 3 buah kereta decide untuk meneruskan perjalanan balik ke KB malam tu jugak… dan dia orang tiba di rumah masing2 dalam pukul 2.30 pagi….

Esok pagi nyer 23/11, aku sekeluarga bertolak ke KB, perjalanan terus tanpa singgah di rumah mak mentua di Marang… coz nak kejar masa…:) tiba di KB dalam pukul 1.00 ptg. Petang tu kita orang ramai2 berpesta menuju ke Airport Pengkalan Chepa KB untuk menghantar We… tiba di rumah dalam pukul 8.30 malam….


Gambar keluarga..

betul ke tiket ni?

Esok paginyer 24/11 bertolak balik ke Paka, tapi on the way tu singgah kat Marang sekejap… keesokkannye 25/11 aku masuk keje….

26/11 tengahari aku sekeluarga bertolak ke KL, kerana aku kena attend satu meeting kat Twin Towers… so kita orang sampai KL dalam pukul 8.00 malam dan terus menuju ke Kg. Baru untuk makan malam… the check in kat Traders Hotel, KLCC. Ni first time duk hotel ni, mula2 tu pening juga cari hotel ni especially dianyer parking… bukan apa sebab confuse coz parking dia sekali ngan parking KLCC. Overall best jugak dok hotel ni maklumlah hotel baru… lagi satu dekat dengan tempat makan… senanglah Nana dan anak2 untuk makan.


Berposing di Traders Hotel, KLCC

Kalau ikut jadual meeting aku dijangka habis dalam pukul 5 petang so kita plan untuk balik keesokan harinya 28/11… tu pun kena balik pagi sebab petang tu wanis ada rehearsal untuk graduation day pada 29/11. Mula2 plan nak sambung pergi bercuti… eithe rkat PD or Melaka tapi nak wat camne…. Aku habis meeting dalam 12 lebih, lepas makan2 ala kadar (1st time makan donkin donut..:) then kita decide untuk terus balik…. on the way tu kita plan nak singgah kat Zoo Negara…. last time kita orang pergi masa tu wanis umur 3 tahun tak silap…. sekang wanis dan 5 tahun dan wakif dah almost 2 tahun… so masa yg agak sesuai sebab wakif dah pandai sikit…. pandai? semua binatang dia panggil lembu… zirafah pun lembu… gajah pun lembu…:)


Kat atas tu ada 2 ekor monyet..:)


Panjangnyer tengkuk dia…


Pandai juga wanis tangkap gambar…


Ni Abah yg tangkap…:)

Then kita orang bertolak balik ke Paka, on the way singgah makan kat Petronas Bentong… makan nasi kat situ… banyak pilihan, tapi mahal lah sikit… sampai rumah lebih kurang pukul 10 malam… lepak2 kejap terus tido… letih betul…. satu minggu yang meletihkan tapi menyeronokkan…:)