Tag Archives: buku pelaburan hartanah

Kisah 2X Rumah : Bab 4 Rumah#4

Bab 4: Rumah#4

Flora Damansara, Petaling Jaya (August, 2010)

 Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.

 (Imam Malik)


Tahun 2010 menyaksikan aku lebih serius dalam bidang hartanah. Bermula dengan Azam 2010 (diceritakan dalam Bab 1), aku sudah mempunyai rancangan 5 tahun aku sendiri. Didalam rancangan 5 tahun tersebut aku mensasarkan untuk memiliki sebanyak 15-20 buah rumah dalam masa 5 tahun. Dalam Tahun 2010 sahaja aku perlu mendapatkan 3 buah rumah.

Pelan 5 Tahun (2010 – 2014)

Mengambil kata-kata Benjamin Franklin: If you fail to plan, you are planning to fail. Oleh sebab itulah aku mula develop Pelan 5 Tahun (Fasa 1) yang bermula pada tahun 2010. Setiap tahun aku mensasarkan pembelian sebanyak 3 buah rumah.

Walaupun aku masih tidak tahu cara bagaimana untuk merealisasikan pelan tersebut, terutamanya kekangan dari segi modal. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah mempunya pelan atau target aku.

 

2010 2011 2012 2013 2014 Total

Bilangan Rumah

Plan

3

3 3 3 3

15

Actual 3 1 2 1 2

9

Pelan 5 Tahun (Plan vs. Actual)


Selepas 5 tahun aku tidak berjaya mencapai target sebanyak 15 buah rumah (minima) seperti yang dirancang. Ini kerana basis ketika itu adalah harga untuk sebuah rumah (medium cost) hanya sekitar RM100-150K sahaja. Walaubagaimanapun, dari segi jumlah harga ia adalah menyamai dengan jumlah harga untuk 15 buah rumah tersebut.

Ini kerana dalam tempoh tersebut aku telah membuat keputusan untuk beralih dari apartment kos sederhana (jenis walk-up) kepada apartment (dengan lift) dan juga kondominium.

Sebenarnya ia juga disebabkan oleh LTV 70% untuk rumah ke-3 dan seterusnya yang diperkenalkan oleh kerajaan. Sebenarnya ini adalah sebab utama.

Bertukar Agent

Sekitar tahun 2010, semakin ramai mereka yang tampil menawarkan khidmat pembelian rumah lelong. Mungkin disebabkan oleh permintaan yang semakin tinggi. Kebanyakkan mereka juga menawarkan khidmat pakej penuh (A-Z).

Untuk rumah ke-4 ini, aku menggunakan khidmat Sdr Farhan (http://www.jom2lelong.blogspot.com) kerana aku berminat dengan rumah dibawah listing beliau. Oleh kerana pakej yang ditawarkan sama dengan yang sebelum ini, aku hanya perlu memilih rumah. Selebihnya dilakukan oleh beliau dengan kadar bayaran yang dipersetujui.